April 19, 2024

Search
Close this search box.

Pandemik wabak 2019 Novel Coronavirus (COVID-19) telah bermula pada Disember 2019 di Wuhan, China dan telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ia boleh merebak dari manusia ke manusia pada 17 Mac 2020 (Zhu et. al., 2020).

Virus ini semakin merebak dan angka pesakit semakin meningkat di seluruh dunia.

Kerajaan di seluruh dunia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang wabak ini termasuklah menutup sektor pendidikan, mengehadkan sektor peruncitan dan jualan, menutup pintu-pintu sempadan negara, membatalkan segala aktiviti sukan, riadah dan rekreasi serta  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak pelaksanaan PKP oleh kerajaan Malaysia pada 18 Mac 2020 yang lalu, ia sedikit sebanyak telah mengubah norma kehidupan kita.

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengasingkan diri dan mengelakkan diri dari perkara 3C (crowded places, confined places and closed conservation) dan mengamalkan 3W (wash, wear and warn).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saranan WHO menggalakkan semua individu untuk melakukan apa-apa aktiviti fizikal di rumah berbanding dari tidak melakukan sebarang aktiviti.

Dengan melakukan aktiviti fizikal ini, ia dapat mengekalkan kesihatan jantung, kekutatan otot dan kelenturan. Ia juga baik untuk kesihatan mental.

Kajian- kajian terdahulu mengesahkan bahawa aktiviti fizikal dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

Kualiti kehidupan mempunyai konsep luas yang dipengaruhi oleh cara yang kompleks oleh kesihatan fizikal seseorang, keadaan psikologi, kepercayaan peribadi, hubungan sosial dan hubungannya dengan ciri-ciri persekitarannya (Chekroud et al., 2018; Mathieu et al.,2012).

Walapun diarahkan untuk duduk di rumah, individu perlu juga kekal aktif.

Peranan aktiviti fizikal dan senaman telah terbukti menjadi terapi yang berkesan dengan memberi kesan langsung pada kesihatan mental dan fizikal.

Tambahan pula, kesesuaian orang-persekitaran (person–environment congruity) semasa PKP boleh menjejaskan kefungsian aktiviti fizikal sebagai opsyen terapi kesihatan mental dan pemerolehan kualiti kehidupan.

WHO telah melancarkan kempen WHO’s Be Active  untuk supaya semua individu dari pelbagai umur dan keupayaan fizikal untuk menjadi aktif di samping berseronok melakukan aktiviti tersebut.

Antara perkara yang ditekankan adalah berehat seketika dari sekadar duduk dengan melakukan aktiviti pergerakan selama 3-4 minit seperti berjalan atau regangan.

Ini akan membantu meregangkan dan mengaktifkan aktiviti otot serta membantu sistem peredaran darah dalam badan.

Ia juga baik untuk kesihatan mental bagi mengurangkan risiko kemurungan dan membantu keseluruhan perasaan. WHO telah mencadangkan kanak-kanak yang berumur 5-17 tahun perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari manakala 30 minit untuk golongan dewasa.

Walaupun terdapat kekangan untuk melakukan aktiviti fizikal di luar rumah seperti biasa (disebabkan arahan untuk berada dirumah atau takut penularan virus COVID-19) adalah dicadangkan untuk individu masih kekal di rumah dan aktif.

Aktiviti fizikal secara konsisten di rumah dapat mewujudkan rutin dan cara untuk kita sentiasa berhubung rapat dengan keluarga.

Untuk keadaan ini, individu perlu bijak merancang dan mencari idea untuk melakukan aktiviti  di dalam kawasan rumah yang terhad bersama-sama keluarga.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh WHO dan KKM untuk kekal aktif di rumah.

Dengan kekal aktif setiap hari, badan, minda dan semangat kita akan kekal cergas terutama dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar seperti ini.

Lebih banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, ia juga dapat membantu tidur kita dan ia baik untuk kesihatan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama kekal aktif di rumah kita disamping mengengkang wabak COVID-19. #KekalSihatdiRumah #KekalAktif

Explore More