November 22, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman

PM Dr. Roziana Shaari sedang bertungkus-lumus memastikan proses penghantaran berjalan lancar

Kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang tinggal di asrama pada musim PKP COVID-19 tidak pernah dilupakan dan sentiasa dalam perhatian pihak pengurusan SHARPS.

Oleh yang demikian, satu gerakan untuk menghulurkan bantuan telah diinisiatifkan oleh Pengerusi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman juga bersama barisan-barisan pentadbir yang lain seperti Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Prof. Madya Dr. Roziana Shaari dan Pengarah Jabatan Psikologi, Dr. Norashikin Mahmud.

Turut terlibat adalah pensyarah-pensyarah SHARPS yang sama-sama mengembleng bahu menghulurkan wang ringgit demi menjayakan program bantuan ini.

 

PM Dr Siti Aisyah bersama-sama dengan pasukan sedang bersiap sedia untuk menghantar bekalan makanan ke asrama mahasiswa dan mahasiswi SHARPS

 

Lebih kurang seramai 40 pelajar tempatan dan antarabangsa telah menerima bantuan yang berupa makanan dan minuman tambahan selain daripada makanan asasi seperti nasi yang telah dibekalkan oleh pihak UTM.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah mahasiswa dan mahasiswi SHARPS apabila menerima bungkusan makanan yang dihantar ke asrama masing-masing.

Kepuasan juga jelas kelihatan di wajah pasukan yang menggerakkan pembungkusan dan penghantaran bantuan kerana dapat menghulurkan sedikit bantuan dan menceriakan mahasiswa dan mahasiswi SHARPS pada musim PKP COVID-19.

SHARPS berharap agar semua pihak dalam UTM untuk menggerakkan lebih banyak lagi usaha bantuan untuk kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.

 

 

Explore More