Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

Sains dan Teknologi Sukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Pada penghujung tahun 2019, dunia dikejutkan dengan penyakit atau wabak yang dikenali sebagai Coronavirus. Ia juga dikenali dengan nama Covid-19. Covid-19 ini merupakan satu penyakit berjangkit yang boleh disebarkan melalui tangan, hidung dan mulut. Penyakit ini mula tersebar dari negara Wuhan, China. Penyakit wabak berjangkit ini telahpun tersebar ke seluruh dunia dan keputusan menunjukkan sehingga bulan April 2020, sebanyak 1.44 juta kes di lebih 200 negara yang telah dilaporkan oleh World Health Organization (WHO). Terdapat 83400 kematian dan terdapat 308000 pesakit yang berjaya sembuh dan keluar dari gelombang wabak Covid-19. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bermula 18 Mac 2020. Seterusnya PKP gelombang kedua juga telah dilaksanakan bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020. Sesetengah pakar juga menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan berterus sehingga lebih dari sebulan. Justeru itu, rakyat Malaysia dinasihati dan diminta agar sentiasa berada di dalam rumah kecuali untuk mereka yang perlu bekerja dalam sektor-sektor yang tertentu. Memandangkan semua orang berada di rumah, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya ialah mencari hobi baru seperti memasak, membuat kek, mempelajari kemahiran yang baru, bermain permainan video dan juga bersukan. Kajian ringkas menunjukkan kebanyakan penghuni rumah memuat naik video mereka bersenam bersama keluarga di dalam rumah untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Tidak mengejutkan apabila semua rakyat Malaysia ingin kekal sihat walaupun mereka berada di dalam rumah dan mempunyai pergerakan yang terhad. Terdapat beberapa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan di dalam rumah atau sekitar kawasan rumah dan mampu mendatangkan faedah yang baik kepada semua rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

GAMBAR RAJAH 1: INFOGRAFIK DUDUK RUMAH OLEH MKN

 

Antara senaman yang boleh dilakukan di rumah ialah senaman “Tabata Work Out”. Tabata merupakan satu senaman yang berdurasi hanya selama 4 minit dan merupakan senaman yang tidak memerlukan peralatan. Senaman ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kerjaya dan sangat sibuk sehingga tidak mempunyai masa terluang untuk melakukan senaman. Senaman Tabata ini dapat meningkatkan kesihatan jantung atau stamina kita dan salah satu senaman yang efektif untuk menurunkan berat lemak di dalam badan. Selain itu, senaman ini dapat mengurangkan kalori menerusi peningkatan kadar metabolisma dalam badan. Tabata ialah antara senaman yang terbaik kerana setiap satu sesi yang berdurasi 4 minit sama kesannya seperti berjogging selama 40 minit. Terdapat banyak jenis senaman Tabata yang boleh dilakukan sewaktu permulaan. Setiap aktiviti boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara aktivitinya ialah push up, jumping jack, heel touch, plank, squat, mountain climb, lunges dan standing abs twists. Semua aktiviti ini tidak memerlukan sebarang peralatan dan memerlukan masa yang sangat singkat untuk melakukannya dan masyarakat boleh terus mengekalkan gaya hidup yang sihat . Malahan apps tabata juga telah menyediakan lagu latar semasa exercise sedang dijalankan, sekiranya masih beginner apps tabata workout di telefon bimbit juga ada menyediakan video pergerakan aktiviti tersebut secara terperinci.

 

GAMBAR RAJAH 2: TABATA WORKOUT

 

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh melakukan aktiviti untuk menurunkan berat badan dan meengekalkan fitness melalui latihan body weight training. Untuk melakukan latihan body weight training secara kreatif ia boleh di masukan dalam latihan litar di mana dalam latihan litar, 8 stesen telah disediakan untuk setiap jenis aktiviti senaman. Senaman ini merupakan satu senaman yang boleh dilakukan oleh semua orang kerana kebanyakkan rakyat Malaysia memfokuskan kepada badan yang ideal. Sesuai dengan waktu sekarang, dimana semua masyarakat dinasihati untuk duduk di rumah, maka aktiviti ini boleh dilakukan anywhere, anytime and anyway. Berbeza dengan senaman Tabata, senaman ini tidak menggunakan masa. Senaman body weight ini terbahagi kepada beberapa bahagian badan kita antaranya full body, legs, chest, shoulder and arms, core. Terdapat banyak kelebihan dalam melakukan latihan body weight training ini. Ianya dapat menggabungkan latihan kardiovaskular dan kekuatan, ia juga dapat membakar lemak secara cepat. Senaman litar yang melibatkan bodyweight training juga dapat dilakukan melalui susunan variasi saintifik yang betul seperti aturan pergerakan upperbody, lowerbody, full body dan  core. Seterusnya, ia juga dapat meningkatkan keseimbangan dan kelenturan tubuh badan manusia. Senaman ini juga boleh dilakukan sebanyak 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang baik ke atas tubuh badan kita dan juga untuk mengurangkan stress terhadap kerja yang dilakukan.

 

GAMBAR RAJAH 3: LATIHAN LITAR DAN LATIHAN BEBANAN DIRI

 

Seterusnya, rakyat Malaysia pada tahun 2020 ini tidak lekang dari alat peranti seperti telefon pintar mereka. Mereka boleh memuat turun aplikasi senaman yang disediakan di Google Play Store atau App Store. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah MyFitnessPal dan 30 Days Fitness Challenge. Aplikasi ini lebih mudah digunakan kerana ia menyediakan beberapa aktiviti dan berapa lama durasi senaman itu perlu dilakukan. Rakyat Malaysia juga tidak perlu bersusah payah untuk membayar keahlian di gim atau membayar peralatan yang digunakan untuk melakukan senaman. Aplikasi di telefon pintar ini ibarat personal trainer yang mampu melatih rakyat kearah kehidupan yang lebih sihat dan cergas. Ia juga menetapkan berapa kekerapan senaman yang perlu kita lakukan dalam masa seminggu dan ia juga meletakkan sasaran untuk penurunan berat badan yang efektif. Selain itu, terdapat juga apps home workout di mana menggunakan augmented reality yang lebih menghiburkan kerana melibatkan interaksi semasa sedang melakukan senaman. Ia boleh menghilangkan kebosanan di mana berlaku interaksi 2 hala semasa senaman dilakukan. Kesemua faktor ini menunjukkan bahawa aplikasi senaman di telefon pintar ini adalah suatu perkara yang amat mudah di fahami serta di ikuti tanpa mengira had umur masyarakat kerana senaman yang disediakan adalah mudah untuk diikuti bersama. Malahan ia adalah permulaan untuk kita menyedari revolusi industri 4.0 dimana kepentingan senaman 4.0 tanpa perlu melibatkan bajet dan modal yang tinggi hanya untuk semata – mata membayar yuran melakukan senaman.

 

 GAMBAR RAJAH 4: HOMECOURT APPS

 

Kegiatan bersukan atau bersenam ini adalah penting bagi setiap individu untuk mendisiplinkan diri, membentuk gaya hidup yang lebih sihat dan dapat mengisi masa lapang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika dilihat, banyak individu yang mengalami masalah kesihatan walaupun tidak obesiti kerana tidak mempunyai masa untuk bersenam, terlampau penat bekerja seharian dan terlalu sibuk untuk hal orang lain berbanding untuk diri sendiri. Tanpa di sedari secara senyap meraka menghidapi kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, sakit jantung dan lain lain. Ini adalah masa yang sesuai untuk memulakan gaya hidup sihat dan pentingkan kesihatan diri sendiri. Ibu bapa juga boleh mengajak anak-anak mereka untuk bersenam bersama supaya dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh anak anak mereka setelah membuat pelbagai tugasan yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah secara online dirumah. Partner training adalah salah satu latihan exercise yang memberikan kepelbagaian dalam latihan sukan. Partner training boleh dilakukan secara berdua atau lebih di rumah malah ia lebih seronok kerana dapat melakukan aktiviti tersebut bersama keluarga Jadikan kegiatan bersenam ini sebahagian dari kehidupan kita dan harus dikekalkan bukan sahaja sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, malah di hari-hari yang mendatang. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat.

 

GAMBAR RAJAH 5: PARTNER WORKOUT

 

Akhir kata, SAINS & TEKNOLOGI SUKAN kini memainkan peranan penting dari segi mengekalkan kecergasan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Ia jelas dapat dilihat melalui trend semasa di mana ramai orang mengambil peluang MCO ini untuk mengajar dan berkongsi video latihan mereka bagi rujukan individu dan masyarakat supaya tetap dapat berlatih di rumah dan mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan masing masing dalam keadaan MCO sekarang. Malahan ada yang masih berdegil dan melanggar arahan MCO dengan keluar berjogging berseorangan. Prinsip latihan sukan itu sendiri telah berdekad memperkenalkan prinsip kepelbagaian dalam latihan. Untuk mengekalkan kecergasan kardiovasukalar, bukanlah hanya semata mata mengambil risiko berjogging diluar rumah dalam keadaan MCO untuk mengekalkan kecergasan. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih seronok. Jadi gunakanlah peluang MCO ini untuk kita belajar ber inovasi dan menjadi lebih kreatif dalam sesuatu perkara. Tidak dapat di nafikan lagi kesihatan dan pembinaan imunisasi badan yang tinggi dapat di lakukan melalui aktiviti latihan senaman. Semoga warga UTM dan rakyat MALAYSIA terus kekal cergas dan cerdas. Jadilah warganegara MALAYSIA yang bijak dengan membina imunisasi badan melalui latihan kecergasan dan kesihatan. Sekian,  Majulah sukan untuk negara.

 

GAMBAR RAJAH 6: BUKU SAINS  & TEKNOLOGI SUKAN KELUARAN PENERBIT UTM

 

Penulis Bersama

Norfatin Nabila Bt Mohamad – Exco Sukan Kelab Sains, Inovasi & Teknologi Sukan UTM (KSITS)

Nor Shahira Yasmin Bt Suhaimi – Exco Sukan Kelab Kelab Sains, Inovasi & Teknologi Sukan UTM (KSITS)

Dr Hadafi Fitri Mohd Latip – Penasihat 1 KSITS UTM

Dr Adjah Naqiah Mazlan – Penasihat 2 KSITS UTM

 

Sports Innovation Technology Centre UTM

Institute Human Centred Engineering UTM

Universiti Teknologi Malaysia

 

LAMPIRAN BERGAMBAR

GAMBAR RAJAH 7: OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB SAINS, INOVASI DAN TEKNOLOGI SUKAN (KSITS UTM)

 

GAMBAR RAJAH 8: CARTA ORGANISASI KELAB KSITS UTM

 

GAMBAR RAJAH 9: PESERTA PERTANDINGAN STRONG FIT UTM DAN AHLI JAWATANKUASA KELAB KSITS UTM

 

GAMBAR RAJAH 10: PERTANDINGAN STRONGFIT ANJURAN KELAB KSITS UTM

Explore More