Disember 22, 2024

Peranan Bidang Sains Sukan dan Sains Kesihatan sewaktu MCO 2020

Sains Sukan dan Sains Kesihatan bukanlah satu bidang yang baharu di Malaysia. Kedua dua bidang ini telah lama wujud di Malaysia sejak merdeka lagi. Tidak semua universiti di Malaysia menawarkan bidang ini.

Walaubagaimanapun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bidang Sains Sukan ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda yang melibatkan pengajian selama 4 tahun di bawah Sekolah Pendidikan manakala bidang Sains Kesihatan pula ditawarkan di peringkat Doktor Falsafah yang melibatkan pengajian minima selama 3 tahun di bawah Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan. Justeru, jika ada pembaca yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang ini boleh memohon secara online UPU untuk memilih bidang tersebut di UTM.

 

GAMBAR RAJAH 1: PERBEZAAN FASA KESIHATAN &  PRESTASI SUKAN

Sains Sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, rehabilitasi, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi sukan, dan psikologi dalam sains sukan.

Ia juga merupakan satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya peningkatan prestasi dalam sukan. Selain itu, sains sukan membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik dalam aktiviti kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu saintifik tentang aplikasi fizikal dan sukan.

 

GAMBAR RAJAH 2: PECAHAN SAINS SUKAN

 

Manakala Sains Kesihatan pula adalah disiplin Applied Science yang berkaitan dengan kesihatan manusia dan haiwan. Terdapat dua bahagian untuk sains kesihatan iaitu kajian, penyelidikan, dan pengetahuan mengenai kesihatan dan penerapan pengetahuan itu untuk meningkatkan kesihatan, menyembuhkan penyakit, dan memahami bagaimana fungsi manusia dan haiwan. Life Science melihat bagaimana makhluk hidup berbeza berkaitan antara satu sama lain, dan alam sekitar.

Health Science pula sebaliknya, memberi tumpuan kepada penggunaan pengetahuan yang di peroleh daripada mempelajari tentang tumbuhan dan kehidupan haiwan, untuk merawat dan mencegah banyak penyakit yang mempengaruhi manusia. Keutamaan sains kesihatan akan menyediakan anda pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dalam pelbagai peranan dalam bidang penjagaan kesihatan seperti physical therapist assistant, occupational therapist assistant, cardiovascular technician dan lain lain.

 

GAMBAR RAJAH 3: KAREER BIDANG SAINS KESIHATAN

Pada tahun 2020 ia telah menjadi satu sejarah baharu apabila penganjuran Sukan Malaysia 2020 (SUKMA) dan penganjuran Sukan Olimpik Dunia telah  di tangguhkan ke suatu tempoh masa yang akan di tetapkan dari masa ke semasa berikutan gejala wabak coronovirus yang melanda dunia.

Malahan kesemua liga bola sepak dunia terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana wabak COVID-19. Ini telah menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus dan pengurusan sukan kelab, negeri dan negara. Pelbagai isu yang berlaku seperti pemotongan gaji pemain dan kemampuan kantung kewangan setiap pasukan sukan semasa Movement Control Order (MCO) kerana bergantung kepada yuran tiket kehadiran penonton ke stadium untuk menonton perlawanan. Antara isu lain yang ditimbulkan dari sudut sains sukan adalah prinsip reversibility (Keterbalikan) di mana tahap kecergasan atlet akan kembali menurun dan jatuh dalam satu tempoh masa. Selain itu, gejala burnout akan berlaku di kalangan atlet kerana terkurung lama di dalam rumah, di mana pengurusan sukan perlu lakukan tindakan law of variability dalam latihan sukan secara terancang di rumah atlet masing masing.

GAMBAR RAJAH 4: PRINSIP LATIHAN DALAM SUKAN

Prinsip Keterbalikan ini penting kerana akan menentukan tahap kecergasan kita sentiasa dapat di kekalkan dan di pertahankan. Ini kerana, tahap kecergasan seseorang itu tidak akan berkekalan sekiranya tidak berlatih dalam satu tempoh masa. Tahap kecergasan tidak boleh di simpan dan ia perlu dilatih.

Jika ingin meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan, kita perlu sentiasa melakukan senaman secara progresif atau berkala. Kajian telah membuktikan bahawa amalan sesuatu aktiviti senaman itu jika ditinggalkan lebih daripada 72 jam, tahap kecergasannya atlet akan mula menurun. Apabila prestasi menurun ia akan melibatkan prinsip adapatibility oleh setiap atlet kerana setiap individu berbeza untuk mengembalikan tahap kecergasan masing masing.

Ada yang hanya perlukan seminggu, ada yang berminggu dan malahan juga sebulan. Sains Sukan amat menghargai law of individuality di mana setiap orang mempunyai biological dan genetik yang berbeza. Apabila perkara ini berlaku pasti pengiraan analisis prestasi sukan atlet terganggu untuk mencapai tahap kemuncak pertandingan (Peak Performance) kerana jadual yang berubah -ubah.

GAMBAR RAJAH 5: TAHAP KEMUNCAK ATLET DALAM SUKAN

Sains sukan memainkan peranan penting kepada atlet sukan semasa situasi MCO. Ramai atlet menjangkakan dengan hanya mengekalkan aktiviti home workout sudah cukup bagi mereka untuk mengelakan daripada berlaku reversibility ataupun burnout. Kesemua atlet telah pun di beri pendedahan oleh jurulatih tentang kepentingan penggunaaan FITT principle semasa latihan. Atlet perlu bijak memastikan variable latihan yang di gunakan di rumah turut berlaku secara progresif dan variasi (tedium).

Ini penting bagi atlet untuk mengekalkan tahap prestasi yang baik dan cepat mengadaptasi semula apabila tempoh MCO telah tamat. Walaupun latihan di teruskan di dalam rumah mereka tetap perlu mengamalkan konsep ansur maju iaitu dari senang ke susah,  ringan ke berat (Overload princple) dan aktiviti warmup / cooldown tetap perlu dilakukan secara rutin semasa senaman supaya atlet kekal sentiasa flexible dan asid lactic yang berkumpul dalam badan tidak menyebabkan atlet sentiasa letih.

Selain itu, peranan jurulatih dalam merencana jadual latihan atlet dan melaksanakan pengurusan strategik sukan amat penting dalam situasi yang pertama kali dan baru seperti ini.

GAMBAR RAJAH 6: APLIKASI FITT PRINCIPLE DALAM SUKAN

 

Seterusnya penulis ingin membincangkan tentang bidang sains kesihatan kepada masyarakat di kala situasi pandemik ini. Apabila kita membincangkan masalah tentang kesihatan pasti pelbagai jenis penyakit yang akan terbayang di fikiran kita iaitu seperti penyakit kencing manis, penyakit darah tinggi, penyakit diabetis, penyakit jantung, penyakit sakit tua dan lain lain. Kesemua kategori penyakit tersebut boleh di kaitkan dengan masalah kesihatan. Malahan ramai yang terpedaya dan anggap penyakit ini hanya kepada golongan obesiti sahaja dan golongan orang tua sahaja.

Akan tetapi hakikat sebenarnya mati itu tidak menunggu tua dan yang kurus itu belum tentu sihat. Peranan bidang sains kesihatan adalah membantu pesakit untuk kembali kekal sihat dan cergas semula dengan latihan yang bersesuaian mengikut kadar dosage yang di perlukan bergantung kepada tahap kesihatan masing masing atas nasihat pakar atau doktor.

Kepentingan untuk mengekalkan tahap kesihatan di waktu MCO perlu di titik berat kan agar masyarakat umum tidak burnout dan mengalami tekanan stress semasa ini. Ramai yang terleka dengan pembunuh senyap yang boleh mengakibatkan kemurungan dan tekanan mental. Artikel kali ini penulis ingin menghuraikan masalah kesihatan yang melibatkan burnout akibat tekanan stress yang dihadapi.

 

GAMBAR RAJAH 7: PUNCA – PUNCA BURNOUT

Bagaimana bidang sains kesihatan boleh membantu banteras BURN OUT kepada setiap individu adalah dengan belajar untuk menerima kelemahan diri dan menerima apa yang kita tidak boleh ubah. Kita perlu sentiasa tahu bila kita penat dan ambil masa untuk diri sendiri, berehat seketika dan dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa realistik dan percaya tiada yang sempurna dan tiada yang kekal di dunia ini. Fokus pada sesuatu kerja dan beri keutamaan kepada setiap perkara yang kita lakukan. Kemudian susun strategi dan pengurusan yang lebih berkesan untuk setiap kerja yang perlu kita laksanakan.

Perkara yang sangat penting kita juga perlu mempunyai hobi yang kita suka buat dan ia dapat melatih minda kita untuk kekal tenang,seronok dan relaks. Apabila kita mampu memberi konsentrasi dan tidak terlampau memikirkan kesempurnaan pasti setiap perkara yang di lakukan dalam keadaan motivasi yang tinggi dan seronok. Kita juga hendaklah sentiasa percaya apa yang kita buat untuk ALLAH sayang dan bukan kerana manusia. Ia selari dengan motto Universiti Teknologi Malaysia kerana Tuhan untuk Manusia.

 

GAMBAR RAJAH 8: MASTERY MOTIVATION ( INTERNAL & EXTERNAL)

 

Mengikut kajian UNESCO, kemajuan yang di capai oleh negara-negara membangun ialah hasil daripada perancangan strategik pembangunan sumber manusia. Perancangan ini memberi peluang kepada seluruh anggota masyarakat untuk mendapat pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pada pertengahan tahun 1990-an Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui UNESCO telah melancarkan program bagi meningkat kesedaran membangun. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada masa ini telah mengiktiraf pendidikan sepanjang hayat sebagai kunci kepada pembangunan sumber maunsia.

Menyedari hakikat tentang pentingnya pendidikan sepanjang hayat bagi memakmurkan dan memajukan negara, kerajaan malaysia telah mengambil beberapa tindakan proaktif. Antaranya, menggubal beberapa dasar dan meletakkan kompenen pendidikan sepanjang hayat sebagai teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Justeru itu, kedua – kedua bidang ini iaitu bidang Sains Sukan dan Sains Kesihatan juga memainkan peranan tersendiri kepada Masyarakat dan Negara. Kini beratus ribu graduan yang telah berjaya di hasilkan di dalam bidang ini.

Peningkatan dan keberkesanan Sains Sukan dan Sains Kesihatan di Malaysia boleh dilihat meningkat naik dari masa ke semasa. Kewujudan Kelas khas subjek Sains Sukan, Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia, peningkatan prestasi atlet negara, penambahan jumlah guru di dalam bidang Sains Sukan, perlaburan kerajaan terhadap fasiliti dan infrastruktur sukan dan sebagainya. Manakala tidak ketinggalan juga bidang sains kesihatan di mana penambahan jumlah hospital, klinik fisioterapi, kedai farmasi dan graduan sains kesihatan. Justeru itu, marilah kita bersama mengembleng tenaga untuk menyumbang sesuatu untuk bangsa dan negara. Akhir kata, kejayaan adalah sebuah perjalanan yang tiada perhentian. Bersamalah kita menuju kejayaan. Sekian Terima Kasih.

 

Penulis

Dr Hadafi Fitri Mohd Latip

Pensyarah Kanan

Jabatan Klinikal Sains dan Teknologi Sukan

Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia

Explore More