Aplikasi UTM Geotrees Pantau Tumbesaran Pokok Pupuk Kelestarian Masyarakat

Satu sesi perpindahan teknologi, Geotrees hasil inovasi daripada kajian kumpulan Penyelidikan TropicalMap, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia telah diadakan kepada 50 guru-guru sekolah di sekitar Pulau Langkawi, Kedah untuk membantu para guru dan LADA memupuk amalan kelestarian bagi mencapai  Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), di kalangan pelajar dan komuniti di Langkawi.