Bulan: April 2020

YB Shahar Sumbang Makanan Untuk Pelajar UTMKL

UTMKL berbesar hati menerima sumbangan makanan yang disumbangkan oleh YB Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II pada hari ini. Sumbangan makanan ini diwakili oleh En. Ahmadul Mokhtar Bin Mohd Hayani, Setiausaha Sulit Kanan beliau.

PKP: AHIBS Sediakan Pelan Data Internet & Bantuan Sara Hidup Ringankan Beban Pelajar

Pandemik Covid-19 telah merubah kehidupan normal rakyat Malaysia kepada normal yang baharu.  Ia memberikan pelbagai cabaran kepada survival ekonomi rakyat Malaysia di pelbagai peringkat masyarakat.  Rakyat Malaysia terutama golongan B40 adalah golongan yang terkesan sekali disebabkan mereka tidak dapat bekerja kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).   Kini, setelah 6 minggu menjalani PKP, majikan sudah tentu tidak dapat membayar gaji atau akan membuat pemotongan gaji kepada staf mereka disebabkan tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.  Keadaan ini amat memberi kesan dari segi kewangan masyarakat berstatus B40 merangkumi 60% pelajar UTM yang juga berstatus B40.

AHIBS Assist Students with Internet Data Plan and Subsistence Allowances

Covid-19 pandemic has transformed our normal life into a new normal. It presents various challenges to the economic survival of Malaysians at various levels such as SME and enterprises.  Malaysians, especially the B40 group, have been badly hit due to the fact that they may not be able to go to work because of the Movement Control Order (MCO).  After 6 weeks of MCO where only essential services were allowed to operate business, employers may not be able to pay salaries or will undertake salary cuts.  This situation has affected many B40 families and UTM students since 60% of them are from this class.

Pergerakan Pertama Pulang Ke Rumah/Kampung Halaman Semasa Tempoh PKP Pelajar IPT

Hari ini bermula penghantaran balik bagi pelajar Zon Tengah I ke Zon Utara. UTM Kuala Lumpur telah menjadi salah satu hub pelepasan pelajar ke Utara dengan menyediakan 3 buah bas untuk tujuan ini. Destinasi yang terlibat adalah Kuala Muda, Kota Setar dan Seberang Perai Tengah. Seramai 39 orang pelajar yang terlibat dalam perjalanan ke tiga destinasi ini yang terdiri daripada pelajar UTM (6 orang), UIA (24 orang) dan UM (9 orang).

COVID-19: Mendatarkan Lengkung

Artikel ini adalah merupakan analisis data Covid-19 dari Januari 2020 hingga April 2020 dengan menggunakan Kaedah Teknik Set AutoPemangkin Kabur.

Pensyarah UTM bangunkan Kubikel Saringan COVID-19 mesra petugas

Ahli akademik dan penyelidik UTM dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah berjaya membangunkan sebuah prototaip Kaunter Saringan COVID-19 yang membolehkan petugas KKM mengambil sampel dari orang awam tanpa mendedahkan diri mereka secara terus kepada orang yang ingin diambil sampelnya. Selain mengurangkan risiko jangkitan, prototaip kaunter yang dikenali sebagai Kubikel Saringan I3S ini mengurangkan kebergantungan petugas KKM terhadap sut khas PPE yang sungguh tidak memberikan keselesaan kepada mereka ketika bertugas.

SHARPS Edar Bantuan Makanan Kepada Mahasiswa di Kampus

Gerakan untuk menghulurkan bantuan telah diinisiatifkan oleh para pentadbir dan pensyarah-pensyarah Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) demi kebajikan mahasiswa dan mahasiswi SHARPS yang tinggal di asrama pada musim PKP COVID-19.