April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM Ambil Inisiatif Murni Edar ‘Home Made Sanitizer’ Sempena COVID-19

JOHOR BAHRU, 18 Mac — Pasukan pensyarah dari Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif murni mengedarkan sanitizer buatan sendiri di sekitar kampus Johor Bahru.

Pasukan yang terdiri daripada empat pensyarah Fakulti Sains, diketuai oleh Dr. Norazah Basar bersama Prof. Madya Dr. Razali Ismail, Prof. Madya Dr. Zaiton Abdul Majid dan Dr. Sheela Chandren serta seorang dari Fakulti Kejuruteraan iaitu Prof. Madya Dr. Khalida Muda.

Sanitizer tersebut disediakan di Jabatan Kimia, Fakulti Sains pada hari Rabu, 18 Mac 2020 iaitu tarikh bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia oleh Kerajaan Malaysia.

Dr Sheela berkata, pihak mereka menyediakan sanitizer tersebut menggunakan isopropyl alcohol 99% AR grade, aloe vera, essential oil dan air.

Menurut beliau dengan kandungan alkohol sebanyak 70% dalam sanitizer yang dihasilkan, akan mampu menghindarkan dari ancaman COVID-19.”

Menyedari runcingnya keadaan COVID-19 dan situasi terkini di mana sanitizer sukar untuk didapati di pasaran, kami mengambil langkah untuk menyediakan sanitizer ini menggunakan kepakaran dan kemudahan yang ada di Makmal.

Sanitizer ini diedarkan kepada mereka yang perlu bertugas di kampus dan juga kepada orang sekeliling,”tambah beliau.

Menurut beliau pada 18 Mac tersebut, sanitizer telah diagihkan kepada pengawai di pintu utama di UTM kampus Johor Bahru.

Tahniah diucapkan atas usaha ini!

Explore More