JOHOR BAHRU, 27 Mac — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memastikan kelengkapan yang disediakan kepada pelajar yang berada di kampus susulan Perintah Larangan Pergerakan akibat penularan virus COVID-19, adalah mencukupi dan tersedia.

Sebagai contoh, universiti sentiasa memastikan barangan yang dijual di kedai serbaneka universiti adalah lengkap dan mencukupi bagi kegunaan pelajar-pelajar.

Tinjauan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) mendapati kesemua kedai serbaneka yang berada dalam kawasan kampus mempunyai stok barangan keperluan seperti makanan kering serta keperluan harian lain.

Sehubungan itu diharap pelajar tidak akan risau dan tidak perlu keluar kampus untuk mendapatkan barangan tersebut.

Pelajar juga diharap terus mematuhi arahan serta garis panduan keluar masuk yang ditetapkan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) untuk kebaikan bersama.

 

Teknologi Malaysia (UTM) memastikan kelengkapan yang disediakan kepada pelajar yang berada di kampus susulan Perintah Larangan Pergerakan akibat penularan virus COVID-19, adalah mencukupi dan tersedia.

 

Sebagai contoh, universiti sentiasa memastikan barangan yang dijual di kedai serbaneka universiti adalah lengkap dan mencukupi bagi kegunaan pelajar-pelajar.

 

Tinjauan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) mendapati kesemua kedai serbaneka yang berada dalam kawasan kampus mempunyai stok barangan keperluan seperti makanan kering serta keperluan harian lain.

 

Sehubungan itu diharap pelajar tidak akan risau dan tidak perlu keluar kampus untuk mendapatkan barangan tersebut.

antara barangan yang tersedia di kedai serbaneka dalam kampus