READ ENGLISH VERSION HERE

PANDUAN
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BERKUATKUASA MULAI 18 MAC 2020 SEHINGGA 31 MAC 2020

 

Panduan ini dikeluarkan dengan merujuk kepada:

  1. Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, 
  2. FAQ Majlis Keselamatan Negara (MKN),
  3. Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
  4. Garis Panduan Pengendalian Isu-isu Berhubung Penularan Wabak Covid-19 Bagi Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020,
  5. Pandangan staf dan pelajar UTM

1. PENUTUPAN OPERASI UTM

Semua operasi di UTM melibatkan pejabat, makmal dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah ditutup sepenuhnya. Semua staf adalah layak diberi pelepasan bekerja dari rumah. Namun, Ketua-ketua PTJ perlu membuat penyelarasan bagi memastikan proses kerja tetap berfungsi sebaik mungkin terutama bagi operasi essential dan kritikal. 

Arahan bertugas oleh Ketua-ketua PTJ perlu merujuk kepada Panduan Khas Bekerja Dari Rumah Berkuatkuasa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 Di Bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. 

2. BEKERJA DARI RUMAH

Semua staf di semua kampus adalah diwajibkan bekerja dari rumah (work from home) mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Bagi PTJ yang menawarkan perkhidmatan essential dan kritikal, staf boleh dikehendaki hadir ke kampus dan Ketua PTJ bertanggungjawab mengatur jadual giliran. 

Tempoh waktu bekerja bagi staf yang bekerja dari rumah ditetapkan bermula 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan mereka mestilah boleh dan sedia dihubungi oleh Penyelia/Dekan/Ketua Jabatan dalam jangkamasa tersebut. Staf tidak perlu merekodkan kehadiran keluar masuk di kampus. Rekod kehadiran akan dikemas kini secara automatik oleh Jabatan Pendaftar. 

Sila rujuk maklumat lanjut panduan khas arahan pelaksanaan ‘Bekerja dari Rumah’ (Work from Home) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar.

3. ANJAKAN KE HADAPAN CUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI 2019/2020

Kalendar akademik yang asal menetapkan cuti semester akan bermula dari 29 Mac hingga 4 April 2020 (minggu kelapan). Namun, pihak Universiti telah memutuskan untuk menganjakkan cuti pertengahan semester lebih awal kepada 22 Mac sehingga 28 Mac 2020 (minggu ketujuh). Ini ditambah dengan cuti khas Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020. 

Selaras dengan itu, aktiviti akademik akan kembali beroperasi pada 1 April  hingga 19 April 2020 secara dalam talian/online. Pelajar boleh memilih untuk kembali ke kampus atau berada di kampung masing-masing. Ini tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa. 

4. PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN DIPLOMA

Jadual peperiksaan Program Diploma dan pelaksanaan lain-lain aktiviti yang melibatkan staf dan pelajar perlu dijadualkan semula dengan merujuk kepada perubahan kalendar akademik seperti berikut:

Peperiksaan akhir pelajar Diploma akan disambung semula pada 2 sehingga 17 April 2020. Perlu juga dimaklumkan bahawa terdapat perubahan kepada cuti semester bagi program Diploma yang mana tarikh baharunya ialah 19 April sehingga 19 Jun 2020. 

5. PENEMPATAN PELAJAR

Semua pelajar tempatan dan luar negara diberi pilihan untuk balik ke kampung/negara masing-masing atau terus menginap di kolej. Bagi pelajar tempatan yang pulang ke kampung, pelajar perlu  disaring sebaik kembali ke UTM bagi memastikan bebas daripada sebarang simptom Covid-19. Pelajar perlu memaklumkan kepada Pengetua Kolej sama ada akan tinggal di kolej atau pulang ke kampung masing-masing. Sila rujuk sistem online.

Pelajar luar negara boleh pulang ke negara masing-masing namun tidak boleh kembali ke Malaysia dalam tempoh kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sila rujuk Perintah Kawalan Pergerakan.

6. PEMBATALAN SEMUA AKTIVITI AKADEMIK

Semua aktiviti akademik di UTM termasuk peperiksaan, viva, aktiviti pembangunan pelajar, aktiviti makmal, kerja lapangan (field work) serta penyelidikan adalah dibatalkan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Semua aktiviti berkaitan perlu djadualkan  semula oleh pihak bertanggungjawab.

7. PEMBELAJARAN DALAM TALIAN/ONLINE

UTM akan melaksanakan pembelajaran secara online sepenuhnya sejurus bermula semester kedua iaitu pada 1 April sehingga 19 April 2020. Dalam tempoh tersebut, pelajar yang pulang bercuti boleh mengikuti PnP dari rumah atau lokasi masing-masing. Tarikh ini boleh berubah tertakluk kepada perkembangan semasa wabak Covid-19 dan mengikut arahan kerajaan. 

Bantuan berkaitan pembelajaran secara online boleh diperolehi melalui Pusat Setempat Pembelajaran dan Pengajaran Online UTM: https://olc.utm.my atau emel kepada olc@utm.my 

8. PEMBATALAN MESYUARAT/ MAJLIS/ SEMINAR/ BENGKEL/ LAWATAN DAN PERHIMPUNAN 

Semua acara yang melibatkan perhimpunan besar dan berisiko kepada penularan jangkitan hendaklah dibatalkan dengan pertimbangan yang wajar tanpa menjejaskan nama baik Universiti Teknologi Malaysia. 

Penerimaan pelawat dari dalam dan luar negara adalah ditangguhkan. Mesyuarat yang kritikal boleh dilaksanakan secara online

9. WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan di semua Perpustakaan UTM termasuk Bilik Belajar 24 Jam akan ditutup mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.  Sepanjang penutupan, perkhidmatan secara online akan disediakan mengikut keperluan pengguna. Sebarang pertanyaan dan khidmat runding maklumat boleh dimajukan kepada lib-enquiryjb@utm.my atau lib-enquirykl@utm.jb.  Perpustakaan dijadualkan dibuka semula pada 1 April 2020 dengan masa penutupan lebih awal iaitu pada pukul 7.00 malam pada hari bekerja dan 5.00 petang pada hujung minggu.

10. LALUAN MASUK DI SEMUA KAMPUS UTM

Di kampus Johor Bahru, hanya dua pintu utama dibuka (Pintu 1: Pintu Utama dan Pintu 5: Sri Pulai). Manakala di kampus Pagoh dan Kuala Lumpur, hanya pintu utama sahaja dibuka. Staf, pelajar serta orang luar perlu menjalani pemeriksaan keselamatan/penyaringan kesihatan di checkpoint di pintu masuk. 

Semua warga perlu mematuhi arahan daripada Bahagian Keselamatan dan warga boleh menghubungi Balai Keselamatan UTM di talian 07-55330014 (24 jam) bagi maklumat semasa. 

11. OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN DAN PENGANGKUTAN

Semua kafeteria dan kedai serbaneka berhampiran kolej kediaman pelajar akan beroperasi dengan pelaksanaan perkhidmatan terhad kepada penghantaran makanan atau ‘take away’ sahaja. Kafeteria di bangunan akademik pula hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran sahaja. Makan di dalam premis kafeteria adalah tidak dibenarkan.

UTMFleet menyediakan pengangkutan khas pulang ke kampung namun ini bergantung kepada permintaan persatuan anak negeri dan tertakluk kepada kapasiti UTMFleet. Bagi urusan kecemasan dan berkaitan pengangkutan, pelajar boleh menghubungi hotline UTMFleet di talian 019-7293154 (UTMJB); 013-7957822 atau 018-2215110 (UTMKL).

12. PENUTUPAN MASJID UTM

Masjid UTMJB dan UTMKL akan ditutup sepanjang tempoh 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Semua staf dan pelajar diminta untuk melaksanakan ibadah solat di kediaman masing-masing. 

13. URUSAN DI PREMIS KHIDMAT AWAM UTM

Masyarakat sekitar luar UTM adalah tidak dibenarkan untuk mengunjungi premis khidmat awam seperti bank, pejabat pos dan lain-lain yang terdapat di dalam kampus. Sebaliknya mereka hendaklah mencari alternatif lain di luar kawasan kampus UTM.

14. PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

Pemeriksaan kesihatan (medical screening bagi pendaftaran pelajar baru), x-ray dan rawatan fisioterapi ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. 

Namun, waktu operasi PKU dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti berikut bagi perkhidmatan kesihatan yang lain:

Hari Bekerja: 8 pagi hingga 5 petang

Hari Minggu: 8.30 pagi hingga 12.30 petang (Pemeriksaan kesihatan berkaitan Covid-19 tidak dijalankan di PKU pada hari minggu) 

Warga UTM diminta ke bahagian kecemasan di hospital kerajaan berdekatan bagi  pemeriksaan kesihatan berkaitan Covid-19 pada hari minggu. Berikut adalah hospital berdekatan kampus: 

Kampus Johor Bahru:            Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 

Kampus Pagoh:             Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Kampus Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur

Perlu dimaklumkan juga hanya kes kecemasan sahaja yang akan diterima oleh PKU selepas waktu operasi yang dinyatakan dan warga boleh menghubungi talian berikut: 07-5530999.

15. PENGURUSAN RISIKO

Pejabat Quality and Risk Management (QRiM) bertanggungjawab memastikan semua langkah-langkah pencegahan telah diambil untuk mengurangkan risiko Covid-19 yang mematuhi peraturan antarabangsa seperti yang telah digariskan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah. Risiko bencana ini telah di daftarkan dalam Daftar Risiko Strategik UTM.

16. SEBARAN MAKLUMAT RASMI UTM

Seluruh warga UTM dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status terkini tentang penularan wabak Covid-19 melalui saluran rasmi berikut:

  1. Email UTM
  2. UTM Community Facebook: https://www.facebook.com/groups/utmcommunity/
  3. Website: https://www.utm.my/covid19/

atau menghubungi nombor talian UTM Covid-19 Hotline seperti berikut: 

UTMJB Hotlines:​           010-800 1337 atau 011-3334 0646

UTMKL Hotline:​​             016-7962100

 

LAMPIRAN

Talian untuk dihubungi yang mana terpakai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan : 

 

Pusat Bertanggungjawab Maklumat untuk dihubungi Keterangan
1 Pusat Kesihatan (PKU) 07-5530999
2 UTM Covid-19 Hotlines 010-800 1337 (UTMJB)

011-3334 0646 (UTMJB)

016-7962100 (UTMKL)

3 Keselamatan 07-55330014
4 UTMFleet

(Pengangkutan)

019-7293154 (UTMJB) 013-7957822 (UTMKL)

018-2215110 (UTMKL)

5 Bahagian Sumber Manusia 016-7300969 (UTMJB)

013-6526767 (UTMJB)

012-6348914 (UTMKL)

6 Pembelajaran Online https://olc.utm.my atau

olc@utm.my

Berkaitan proses PnP secara online
7 Perpustakaan lib-enquiryjb@utm.my atau lib-enquirykl@utm.jb. Berkaitan perkhidmatan di perpustakaan
8 Fasiliti dan utiliti 07-55300111 Berkaitan aduan kerosakan fasiliti dan utiliti
9 Hal Ehwal Pelajar 07 5530279 (UTMJB)

07 5530265 (UTMJB)

03 26154282 (UTMKL)

Berkaitan kemudahan pelajar
10 Hal Ehwal Akademik 07-5530351 (UTMJB)

019-7405204 (UTMJB)

03-21805183 (UTMKL)

012-7520087 (UTMKL)

03-26154388 (SPACE)

019-6025643 (SPACE)

Berkaitan pertukaran kredit, subjek, peperiksaan dan berkaitan

 

READ ENGLISH VERSION HERE