April 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 25 Mac — Kreativiti pensyarah kanan Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Wong Tuck Whye bersama ahli keluarganya telah mencipta ‘Face Shield‘ menggunakan barangan dari rumah sahaja dalam misi membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada saat-saat penularan wabak Covid-19 ini.

Usaha murni beliau tersebut telah berjaya mencipta kira-kira 412 ‘face shield’ pakai buang yang diperbuat daripada bahan-bahan kilang perabot untuk foam dan barangan alat tulis.

Menurut beliau, kesemua face shield tersebut telah dibuat di rumah bersama ahli keluarganya dalam masa sehari sahaja.

“Setiap hospital perlukan face shield ini kira-kira 500 unit dalam sehari dan saya rasa terpanggil untuk turut memberi sumbangan kepada kakitangan KKM ini.

Ini kerana tidaklah mudah menjadi frontliner yang berdepan dengan risiko yang lebih tinggi dan mempunyai keluarga yang menanti,” kata beliau.

Dr Wong Tuck Whye

Face shield tersebut telah diserahkan kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), UTM yang diketuai oleh Pengarahnya, Prof Madya Dr Johari bin Surif pada tengah hari tadi bersama 126 lagi unit face shield yang telah disediakan oleh pasukan Sekolah Kejuruteraan Mekanikal bersama Jabatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi.

Tahniah Dr kerana meneruskan inisiatif UTMPrihatin!

Terdahulu UTM telah menyerahkan kira-kira 40 face shield kepada frontliner yang bertugas termasuk di HSA dan Pusat Kesihatan Universiti(PKU) UTM.

Explore More