April 24, 2024

Search
Close this search box.

Sesi Libat Urus Terhadap Pengurusan Pelajar Antarabangsa di UTM

JOHOR BAHRU, 9 Jan. — Sesi libat urus bagi pengurusan pelajar antarabangsa oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia selama dua hari bermula 8 sehingga 9 Januari 2020.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh Pro Naib – Canselor (Antarabangsa), UTM International, Prof Madya Dr. Mohd Ismid Bin Md Said dan wakil beliau selaku penyelaras di peringkat UTM iaitu Timbalan Pengarah Global Education & Experience, UTM International, Prof Madya Dr. Mohd Ariffin Bin Abu Hassan. Pada sesi ini, terdapat 7 komponen dan bidang pengauditan yang dikenalpasti untuk tujuan semakan audit seperti berikut:-

Kluster 1: Pengurusan Pejabat Antarabangsa
Kluster 2: Pemasaran Program Pengajian
Kluster 3: Pengurusan Permohonan dan Penawaran Pengajian
Kluster4: Pengurusan Permohonan VAL dan Pas Pelajar
Kluster 5: Pengurusan Kebajikan Pelajar dan Tanggungan
Kluster 6: Pengurusan Penamatan Pengajian Pelajar
Kluster 7:  Pengurusan Alumni Pelajar Antarabangsa

Penghargaan juga diberikan kepada semua jabatan yang telah memberikan kerjasama yang cemerlang sepanjang program ini dijalankan seperti Pejabat UTM International, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Student Admission and Recuitment Department (SRAD), Pejabat Academic Management Division (AMD) dan UTM Alumni.

Pihak KPM  melalui auditor yang dilantik dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Education Malaysia Global Services (EMGS)  telah mengucapkan tahniah kepada pihak UTM kerana UTM mempunyai proses yang cemerlang bagi semua komponen yang diaudit yang boleh dicontohi oleh Institusi Pendidikan Tinggi lain di Malaysia.

 

 

Explore More