Persatuan Kejuruteraan Jentera (PETERA), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Innovation Design Exhibition (IDeX’19) pada 12 Januari 2020 lalu melibatkan pelajar tahun akhir seramai 260 orang pelajar yang mengambil kursus Rekabentuk Sistem pada Semester 1 Sesi 2019/2020.

Pelajar tersebut dibahagikan dalam 60 kumpulan untuk mempertandingkan hasil rekabentuk yang bertemakan “Sustainable Energy and Materials Handling”.

IDeX’19 merupakan program tahunan yang dijalankan bagi pelajar tahun akhir Sekolah Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil kursus Rekabentuk Sistem dan diadakan bertujuan untuk membangunkan teknik reka bentuk yang cekap dan berkesan serta kemahiran berorientasikan projek dari pertimbangan teknikal dan bukan teknikal.

Selain itu, ia juga diadakan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi mereka.

Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengenal pasti dan menggunakan metodologi yang sesuai dalam melaksanakan tugas reka bentuk, mengiktiraf prinsip-prinsip asas reka bentuk dan amalan mekanikal, dan merumuskan dan menggunakan strategi pemecahan masalah umum dalam analisis situasi, masalah dan masalah yang berpotensi.

PETERA merupakan persatuan pelajar di SKM yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai program Kejuruteraan Mekanikal.

Rekabentuk Sistem merupakan kursus yang memberi fokus kepada memperluaskan pendedahan topikal terperinci kepada kaedah reka bentuk dan prinsip khusus untuk amalan reka bentuk mekanikal.

Program bermula seawal jam 8:30 pagi apabila pendaftaran  dibuka bagi persediaan pameran produk dan pembentangan kumpulan masing-masing.

Proses pendaftaran telah dilakukan dengan menggunakan pendaftaran online iaitu menggunakan imbasan QR code yang telah di’link’ kepada pendaftaran google form bagi setiap para peserta.

60 kumpulan peserta tersebut dipecahkan kepada lima ruang pameran yang mana satu ruang menempatkan sebanyak 12 kumpulan. Selesai sesi pendaftaran, para peserta bergerak ke tempat pameran yang ditetapkan untuk membuat persiapan terakhir.

Sesi Pendaftaran IDeX’19

Persiapan Akhir peserta IDeX’19

Sesi pameran IDeX’19 bermula pada jam 11.00 pagi. Pameran turut dimeriahkan dengan kehadiran sekumpulan pelajar berjumlah 15 orang dan 3 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Pulai Perdana untuk menyaksikan pameran produk.

Murid SK Taman Sri Pulai Perdana menyaksikan Pameran IDeX’19

Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohamed Rafiq Bin Dato’Haji Abdul Kadir turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran produk peserta.

Pada jam 1.30 ptg, seramai 15 orang juri tiba untuk sesi taklimat penjurian. 5 orang juri terdiri daripada wakil industri iaitu Dyson Manufacturing Sdn. Bhd. 3 orang Juri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang dan 7 orang juri daripada UTM yang mana salah seorang adalah dari Sekolah Pendidikan dan 6 dari SKM.

Taklimat penjurian disampaikan oleh Dr. Amir Putra Bin Md Saad yang merupakan Penasihat IDeX’19 dan Penasihat PETERA.

Setelah tamat taklimat penjurian, juri-juri dibahagikan kepada 5 kumpulan dan sesi penjurian bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang di mana setiap bilik mempunyai 3 juri diiringi seorang penjaga masa.

Taklimat Juri

Sesi Penjurian IDeX’19

Selesai penjurian bagi semua kumpulan, semua juri berkumpul semula untuk pemarkahan memilih pemenang bagi 5 kategori iaitu “Most Effective Award, Most Creative Award, Most Attractive Award, Most Potential for Comercialization Award, Best Presentation Award dan Best of the Best”.

Pada masa yang sama, para peserta dikehendaki memenuhi dewan untuk sesi seterusnya. Pada jam 4.45 petang, semua juri beserta para pensyarah bergerak ke dewan untuk sesi majlis penutup.

Para peserta IDeX’19 bersedia untuk majlis penutup

Barisan Juri bersama Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Dr. Mohd Hasbullah B Hj. Idris

Majlis Penutup IDeX’19 dirasmikan oleh Pengerusi SKM, Prof. Dr. Mohd Hasbullah B Hj. Idris serta diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah. Anugerah Best of the Best telah dimenangi oleh Kumpulan Solar Tracker.

Ucapan Pengarah program, Amirul Fariez Bin Mohamad Syafii

Ucapan wakil Juri daripada UiTM Pasir Gudang, Dr. Ab. Aziz bin Mohd Yusof

Ucapan wakil Industri – Dyson Manufacturing Sdn. Bhd., Pn. Azalea Shezdiana Binti Badrulshah.

Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Dr. Mohd Hasbullah B Hj. Idris.

Produk Solar Tracker telah memenangi anugerah Best of the Best IDeX’19

Sesi bergambar antara juri, peserta dan Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Mekanikal.