April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM Anjur Pelbagai Program Semarak Budaya Membaca

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited dalam mempromosikan budaya membaca bukan sahaja dalam kalangan warga kampus tetapi juga kepada komuniti sekitar.

Melalui kempen Read@UTM yang telah dilancarkan pada Mac 2019, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Perpustakaan UTM selaku penggerak kepada kempen ini.

Antaranya adalah program ulasan buku yang dikenali sebagai “Read & Relax” bagi memupuk budaya membaca dan berkongsi ilmu dalam kalangan warga UTM.

Sebanyak 88 siri program ini telah dijalankan di kedua-dua kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur menyaksikan sebanyak 184 buah buku diulas dan dikongsikan dengan 3,960 orang hadirin.

Selain itu, UTM turut menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun 2019 bagi menyuburkan budaya membaca antaranya Jelajah Read@Uni, Program Perkongsian Ilmu dan Program Bicara Karya.

Di samping program-program ini, Perpustakaan UTM juga telah menubuhkan 81 buah “Reading Station” di sekitar kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur dimana buku-buku yang ditempat di stesen-stesen berkenaan boleh dibaca dan dipinjam. Orang ramai juga boleh menyumbang bahan bacaan untuk diletakkan di stesen-stesen berkenaan.

Semua aktiviti yang telah dijalankan ini adalah bagi menyokong kempen Read@Uni yang telah diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2018 bagi menyuburkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini yang kini berada di bawah tahap memuaskan.

Usaha pembudayaan membaca oleh UTM tidak hanya terbatas di peringkat universiti sahaja, sebaliknya turut merangkumi komuniti sekitar.

Ini terbukti melalui beberapa program yang dijalankan antaranya penghasilan 500 naskah buku bacaan yang diterjemahkan kepada tulisan braille serta penghasilan 15 kit alatan mengajar istimewa hasil kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Selain itu UTM turut mempromosikan budaya membaca melalui beberapa Program Khidmat masyarakat seperti Program SULAM Peringkat Kebangsaan di Pulau Tanjung Surat, Pengerang dan  Program “Seronoknya Membaca” bersama 30 orang anak orang asli serta Sumbangan Buku di Kampung Orang Asli Sg. Peroh, Kahang.

Antara beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun:

 

Explore More