April 25, 2024

Search
Close this search box.

Seminar Projek Sarjana Muda SHARPS Perluas Korpus Keilmuan Penyelidikan Pelajar Prasiswazah

Pada tarikh 26 hingga 27 November 2019 lalu, sebuah Seminar Projek Sarjana Muda (PSM) telah diadakan oleh Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah jawatankuasa seminar yang diketuai oleh Dr. Mastura Mahfar, Penyelaras PSM bagi program Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia (SHAY) dan Dr. Koharudin Mohd Balwi, Penyelaras PSM bagi program Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia (SHAR).

Selain para pelajar SHAY (56 orang) dan SHAR (52 orang) terlibat sebagai peserta, seminar PSM ini turut dihadiri oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah daripada Universitas Muhamadiyah Purwokerto (UMP) dan Universitas Riau, Indonesia.

Sebahagian daripada pelajar tahun akhir SHAY dan SHAR

Objektif Seminar PSM ini adalah bertujuan untuk melaksanakan elemen NALI, iaitu research NEXUS dalam kursus PSM, membantu meningkatkan perkongsian ilmu berdasarkan hasil penyelidikan dalam kalangan pelajar tahun akhir program SHAY dan SHAR di samping memberi peluang kepada pelajar SHAY dan SHAR bersama penyelia mereka untuk memperluaskan korpus keilmuan penyelidikan melalui penyelidikan dan penerbitan bahan sumber.

Antara pengisian seminar yang telah berlangsung selama dua hari tersebut adalah Ucaptama 1 oleh Prof. Madya Dr. Siti Aisyah binti Abdul Rahman yang bertajuk Developing Human Capital in the Digital Era: Role of Psychology and Human Resource, Ucaptama 2 oleh Prof. Madya Dr. Rozeyta binti Omar yang bertajuk Cross Culture in IR 4.0 dan Ucaptama 3 oleh Dr. Dyah Siti Septiningsih (UMP, Indonesia) yang bertajuk Parenting Plan in Industry Revolution 4.0.

Selepas selesai penyampaian ketiga-tiga ucaptama, pelajar-pelajar tahun akhir SHAY dan SHAR telah membentangkan hasil kajian mereka dalam sesi selari yang telah ditetapkan serta dinilai hasil penulisan kajian dan pembentangan oleh para penilai yang terdiri daripada pensyarah dalam bidang kajian yang berkaitan.

Pembentang-pembentang sedang membentangkan hasil kajian dengan penuh keyakinan

Berdasarkan hasil penilaian yang telah dilaksanakan, oleh jawatankuasa penilai, saudari NoorFarhana binti Ismail telah diumumkan sebagai Pembentang Terbaik PSM bagi program SHAY dengan hasil kajian beliau yang bertajuk Binge Viewing Behaviours Among Female Emerging Adults in Universiti Teknologi Malaysia, manakala saudari Dan Wei Yee sebagai Pembentang Terbaik PSM bagi program SHAR dengan hasil kajian yang bertajuk The Relationship between Workload and Job Burnout among Medical Staff.

Diharapkan seminar yang telah diadakan selama dua hari ini telah dapat membantu meningkatkan perspektif dan perbincangan khalayak akademik serta memberi nilai tambah dalam bentuk pengetahuan dan amalan berkaitan hasil penyelidikan dalam kalangan pelajar tahun akhir SHAY dan SHAR, khususnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada seluruh ahli jawatankuasa yang telah terlibat dalam usaha menjayakan Seminar PSM ini.

Kedua-dua pembentang terbaik PSM program SHAY dan SHAR bergambar bersama Pengerusi SHARPS dan beberapa ahli jawatankuasa seminar 

Explore More