April 19, 2024

Search
Close this search box.

Pasukan Pandu Puteri Siswi UTM melakar kejayaan cemerlang dengan aktiviti komuniti

Menutupi tirai 2019 dengan memenangi 2 anugerah di peringkat universiti merupakan  suatu pencapaian yang tidak disangka-sangka untuk Pasukan Pandu Puteri Siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sementelaah ianya pasukan yang baru ditubuhkan pada 2018.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada aktiviti kemasyarakatan di peringkat antarabangsa dan pembelajaran servis yang melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian yang dijalankan sepanjang semester ini.

Sebagai sebuah pasukan badan beruniform sukarela yang masih bertatih, Pasukan Pandu Puteri Siswi telah membuktikan kematangannya mentadbir pasukan dengan memenangi Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik dalam Majlis Anugerah Gemilang Mahasaiswa (GEMA) yang lepas.

Menerusi beberapa aktiviti kemasyarakatan di peringkat antarabangsa iaitu Program Free Being Me di Jakarta dan di peringkat kebangsaan iaitu Program Action on Body Confidence di Besut, Trengganu.  Aktiviti-aktiviti  Pasukan Pandu Puteri Siswi UTM telahpun mendapat pendedahan media di Malaysia dan Indonesia.

Kejayaan merangkul pingat Perak dalam Hari Kurikulum UTM merupakan kenangan manis hasil usaha pelajar yang mengambil subjek Pandu Puteri sebagai subjek ko-korikulum mereka.  Para pelajar telah melaksanakan 2 aktiviti kemasyarakatan melalui pembelajaran servis ko-kurikulum.

Dalam menyokong hubungan kerjasama sesama persatuan, Persatuan Pandu Puteri Siswi UTM telah dijemput untuk menjalankan pameran dan ceramah berkenaan keyakinan diri sesuai dengan Matlamat Pembangunan Lestari Matlamat 3-Kesihatan Baik dan Kesejahteraan dan Matlamat 5-Kesaksamaan Gender.

Kejayaan ini diharap dapat dikekalkan dengan pencapaian yang lebih cemerlang untuk tahun 2020.  Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sesi 2 semester 2019/2020 termasuk kursus kepimpinan, bengkel meningkatkan keyakinan diri dan pembelajaran servis merentas daerah.

Sertailah kami untuk aktiviti yang mencabar dengan menyertai persatuan Pandu Puteri UTM dan ko-korikulum subjek Pandu Puteri.

 

Explore More