April 24, 2024

Search
Close this search box.

Warga PKU UTM Santuni Komuniti Kg. Pasir Putih melalui Program Kemasyarakatan

Warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus menyantuni komuniti setempat di Kg. Pasir Putih, Pasir Gudang melalui program khidmat masyarakat tahunan.

Menerusi Program Khidmat Masyarakat Pusat Kesihatan Universiti 2019, kira-kira 300 orang penduduk komuniti Kg. Pasir Putih telah menyertai program ini yang berlangsung di Masjid Jamek Jalil Hassan dan Sekolah Kebangsaan Kg. Pasir Putih pada 23hb November 2019 yang lalu. Program ini juga turut disertai oleh 20 orang ahli Kelab Program Siswa Sihat UTM (PROSIS).

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah aktivti Ziarah Mahabbah di mana warga PKU menziarahi rumah pengidap penyakit kronik dan golongan kurang upaya di sekitar Kg. Pasir Putih. Sedikit sumbangan telah diberikan untuk meringankan beban mereka.

Disamping itu juga, aktiviti melibatkan anak-anak Kg. Pasir Putih turut diadakan iaitu pertandingan mewarna, demonstrasi memberus gigi dan pertandingan sukaneka dan kem matematik. Aktviti tersebut telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kg. Pasir Putih.

Pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi turut dilaksanakan di Masjid Jamik Jalil Hassan. Pertandingan Gubahan Buah turut diadakan dengan penyertaan dari warga Kg. Pasir Putih.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Pusat Kesihatan Universiti UTM, Ybrs. Dr. Nor’ashikin binti Sharif.

“Program ini merupakan satu pendekatan serampang dua mata dalam melaksanakan Program Pembangunan Sahsiah komuniti UTM dan pada masa yang sama dapat melaksanakan satu bentuk khidmat sosial (CSR) PKU UTM kepada masyarakat,” kata beliau.

Pusat Kesihatan Universiti UTM juga telah menyerahkan sedikit sumbangan berupa alatan perubatan untuk kegunaan kariah Kampung Pasir Putih.

 

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Kelab PROSIS UTM, JKKK Kampung Pasir Putih dan JKPZ Tanjung Puteri. Pihak PKU ingin merkamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langung dan juga secara tidak langsung.

 

Explore More