April 18, 2024

Search
Close this search box.

SANTA ROSSA, 3 Dis. — Tiga permata Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Noor Azilah binti Aziz, Nur Fariha binti Abdul Razak dan Pow Mei Foong mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya membantu negara meraih emas dalam  acara bola jaring di Sukan Sea, Philippines 2019.

Noor Azilah yang merupakan pelajar dari program signature UTM, 5ETP iaitu Teras Kecemerlangan Sukan bersama dua lagi alumni UTM, Nur Fariha dan Pow Mei Foong cemerlang dengan menewaskan naib juara Asia 2018, Singapura dalam Perlawanan Akhir yang sengit dan berakhir 48-42.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung pada 25 November 2019, pasukan bola jaring Malaysia menang bertemu dengan pasukan Thailand dengan jumlah skor 62-42 manakala hari kedua pada 26 November 2019 , pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan tuan rumah, Filipina dan menang dengan jumlah 88-25.

Perlawanan antara Kumpulan diteruskan pada 29 November 2019 iaitu Malaysia menentang musuh tradisi, Singapore dan menang dengan jumlah skor 54-49

Dengan berbekal 4 kemenangan telah melayakkan Malaysia ke separuh akhir menentang Brunei pada 1 Disember 2019 dan menang dengan jumlah skor yang banyak iaitu 69-23.

Kemenangan di separuh akhir ini telah membawa Malaysia ke perlawanan akhir bertemu musuh tradisi iaitu Singapore yang juga merupakan Naib Juara Asia pada tahun 2018.

Syabas dan tahniah kepada mereka! Sesungguhnya mereka adalah wirawati bukan sahaja di hati universiti, malah di hati seluruh rakyat Malaysia!

Gambar ihsan Instagram : Fariha Razak 

Explore More