November 4, 2024

Search
Close this search box.

Persidangan The 26th Asia-Pacific Software Engineering Conference 2019 Bentang 67 Kertas Kerja

The 26th Asia-Pacific Software Engineering Conference 2019 (APSEC2019)

Pada 2 hingga 5 Disember 2019 yang lalu telah berlangsungnya Persidangan The 26th Asia-Pacific Software Engineering Conference 2019 (APSEC2019) bertempat di Zenith Hotel, Putrajaya, Malaysia. Persidangan yang dianjurkan oleh UTMSPACE ini telah menyaksikan sebanyak 67 kertas kerja telah dibentangkan dengan kehadiran seramai 140 penyertaan. Antara yang menyertai adalah mereka yang membentang kertas kerja, peserta persidangan dan pengucaptama.

APSEC 2019 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), UTM Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Engineering Impactful Software for the Society towards IR4.0’  kali ke-26 ini, penganjuran bagi persidangan yang menyajikan pengisian yang padat ini telah  menarik minat peserta dari kalangan warga akademik, pegawai kerajaan dan industri di mana penglibatan pengucaptama dan panel forum adalah dari kalangan yang berprofil tinggi dalam bidangnya serta terkenal.

Beberapa panel pengucaptama telah membentangkan kertas kerja serta melakukan beberapa demostrasi bagi tontonan peserta. Satu siri tutorial yang menarik juga telah diadakan bagi perkongsian pembangunan kemahiran dalam pelbagai aspek amalan kejuruteraan perisian bagi menarik minat pihak industri, sejajar dengan keperluan dan kehendak kearah revolusi IR4.0.

APSEC 2019 telah membariskan beberapa penceramah ucaptama serta panel dan mereka adalah terdiri daripada:

  1. Professor Dr. Didar Zowghi, University of Technology Sydney (UTS, Australia.
  2. Professor Dr. Horst Lichter, RWTH Aachen University,
  3. Ken Chan, Orient SA Consulting Sdn. Bhd.
  4. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), UTM Kuala Lumpur

Explore More