Jabatan Pendaftar UTM bantu mangsa banjir di Kota Tinggi
Seramai 20 orang kakitangan Jabatan Pendaftar UTM telah terlibat dalam Program Tanggungjawap Sosial Universiti (USR) Misi Bantuan Pasca Banjir di Kampung Mawai, Kota Tinggi Johor. Usaha ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial jabatan ini di bawah program University Social Responsibility (USR) kepada mereka yang memerlukan.