April 26, 2024

Search
Close this search box.

Kumpulan Srikandi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dinobatkan juara Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Konvensyen Inovatif, Efisien dan Produktif (KIEP) kali ke-4 Tahun 2019 UTM yang berlangsung pada 9 Disember 2019 lalu di Dewan Bankuet, BCSI UTM Johor Bahru.

Kumpulan yang dianggotai oleh semua wanita ini dibimbing oleh fasilitator En Aziz Yakob berjaya menewaskan dua pencabar lain dengan membawa pulang hadiah piala pusingan, plak, sijil dan wang tunai RM1,000.00.

Dua kumpulan lain iaitu UTM Perintis dari Bahagian Pendaftar UTMKL dan kumpulan Team03 dari Pusat Pengurusan Makmal Universiti tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing muncul pemenang kategori persembahan terbaik dan poster terbaik.

Sebagai pemenang persembahan terbaik, UTM Perintis membawa pulang plak, sijil dan wang tunai RM250.00 manakala Team03 membawa pulang plak, sijil dan wang tunai RM200.00. Bagi kategori fasilitator terbaik, Pn Noraini Ramli dari kumpulan UTM Perintis membolot wang tunai RM200.00, plak dan sijil apabila diumumkan sebagai pemenang.

Penganjuran KIEP kali ini menyaksikan semua kumpulan bertanding diberi insentif penyertaan sebanyak RM200.00 sebagai penghargaan dan galakan untuk terus membudayakan inovasi di UTM.

Berucap di majlis penutup dan penyampaian hadiah Konvensyen Inovatif, Efisien dan Produktif kali ke-4 Tahun 2019, Pendaftar UTM, En Abdul Razib Hj. Shahuddin memuji pemberian insentif ini dan mengharapkan agar budaya inovasi ini terus berkembang selaras dengan hasrat universiti yang mahukan sistem penyampaian berprestasi tinggi dipertingkatkan dengan pertambahan kumpulan-kumpulan KIK mahupun Business Transformation Process (BPT).

Para peserta bergambar bersama perasmi penutup En. Abdul Razib Hj. Shahuddin (Pendaftar UTM), panel juri dan Prof. Dr. Yahaya Md Sam (Pengarah UTM QRiM) dengan hadiah kemenangan masing-masing.

 

Tahniah kepada para pemenang KIEP 2019

 

Juara Kategori Pengurusan (Srikandi- Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan)

 

Persembahan Terbaik – UTM Perintis (Bahagian Pendaftar UTMKL)

 

Poster Terbaik (TEAM03-Pusat Pengurusan Makmal Universiti)

 

Fasilitator Terbaik (Pn Noraini Ramli)

Explore More