April 27, 2024

Search
Close this search box.

Program Hari Diabetes Sedunia telah dianjurkan oleh kelab Program Siswa Sihat UTM (PROSIS) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Persatuan Diabetes Malaysia  cawangan Tanjung Puteri, Johor.

Program ini telah diadakan di Kolej Tun Fatimah, UTM Johor Bahru pada 16 November 2019 yang lalu sempena dengan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2019 yang telah berlangsung pada 14 November 2019.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang diabetes kepada pelajar, staf UTM dan orang awam.

Amat membimbangkan apabila Malaysia merupakan negara yang mempunyai penghidap Diabetes tertinggi di kalangan negara ASEAN. Justeru, program ini merupakan insiatif bagi mencegah diabetes. Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan.

Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh 74 orang peserta. Pada pukul 8.45 pagi, acara diteruskan lagi dengan aktiviti sukan rakyat dengan penglibatan seramai 27 orang peserta.

Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti ceramah kesihatan yang telah disampaikan oleh Persatuan Diabetes Malaysia, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian dan kempen derma darah telah diadakan di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM Johor Bahru.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Nor’ashikin Sharif, Pengarah PKU UTM selaku wakil rasmi kepada Ybrs. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM.

Sepanjang program ini berlangsung seramai 66 orang telah menjadi penderma darah pada hari kejadian. Pemeriksaan kesihatan telah disertai oleh 200 orang peserta, manakala pemeriksaan pergigian telah disertai oleh 50 orang peserta.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang mengalakkan apabila 287 orang pelajar dan 14 orang staf UTM terlibat dalam program ini. Semoga melalui penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran ramai akan bahana diabetes terhadap kesihatan.

Pihak PROSIS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini terutamanya Pusat Kesihatan Universiti UTM, Persatuan Diabetets Malaysia cawangan Tanjung Puteri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JEHP).

Explore More