April 25, 2024

Search
Close this search box.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Mahasiswa Luar Kampus (JKMLK) telah diadakan pada 2 Disember 2019 yang lepas. Dengan itu buat julung-julung kalinya pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyewa secara persendirian di luar UTM mempunyai satu jawatankuasa khusus yang akan membantu universiti dalam menjaga kebajikan mereka.

Berikutan jumlah pelajar UTM yang kian bertambah, pelajar-pelajar UTMKL sebahagian besarnya terpaksa menyewa di luar kolej kerana kapasiti Kolej Siswa Jaya (KSJ) yang terhad.

Walaupun tinggal di rumah-rumah sewa, hak dan kebajikan mereka adalah sama seperti pelajar yang tinggal di KSJ. Oleh itu penubuhan JKMLK ini amatlah bertepatan untuk menunjukkan keprihatinan pihak universiti terhadap kebajikan semua pelajar-pelajar UTM adalah terjaga.

Dalam mesyuarat ini secara rasminya pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan telah disahkan oleh Pengetua Luar Kampus, Dr. Mohamed Azlan Suhot.

Muhammad Izzat Syazwan b. Mohd Khalid Sah, pelajar Tahun 2 Diploma Kejuruteraan Awam telah dilantik sebagai Pengerusi JKM.

Dalam ucapannya, Izzat telah menyatakan harapannya yang tinggi kepada barisan kepimpinan JKMLK untuk sentiasa iltizam dalam memberikan kerjasama membantunya menerajui persatuan.

Beberapa aktiviti yang menarik telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut sebagai usaha untuk meningkatkan aktiviti pelajar-pelajar luar kampus di UTMKL, seperti yang berkisar kepada keusahawanan, sukan dan tanggungjawab sosial bersesuaian dengan tema Lifestyle @ UTM KL dan merupakan aktiviti yang dekat di hati pelajar UTMKL.

Explore More