Mei 8, 2024

Search
Close this search box.
Penceramah berserta peserta bengkel

Bengkel Mendidik Gaya Nabi anjuran SHARPS Kongsi Teknik Didik Anak-Anak Gunakan Teknik Nabi

Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kolaborasi ABS Education telah mengadakan Bengkel Mendidik Gaya Nabi pada 30 November 2019 yang lalu.

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa di sekitar Johor dan 12 orang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai bengkel ini. Bengkel mendidik gaya nabi ini adalah bengkel yang mengajar para guru, tenaga pengajar dan ibu bapa untuk mendidik anak-anak menggunakan teknik nabi.

Penceramah berserta peserta bengkel

Penceramah berserta peserta bengkel

Teknik Nabi merupakan hasil kajian Tim Psikologi Hadith yang dipimpin oleh Puan Ainon Mohd iaitu pengasas bagi PTS & ABS Education. Teknik Nabi boleh digunakan dalam keseluruhan persekitaran pembelajaran dan pengurusan supaya masing-masing terdorong membuat perkara yang baik-baik sahaja.

Teknik ini juga adalah hasil dari kajian Tim Psikologi Hadith dalam mendorong pelajar secara khususnya dan manusia umumnya dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis-hadis sahih.

Bengkel ini disampaikan oleh Puan Khairulaniza Khairuddin, Pengetua Sekolah Menengah yang juga merupakan pengamal Teknik Nabi sejak dari 2014. Sepanjang bengkel ini, terdapat 7 teknik psikologi yang digali dari hadis-hadis sahih telah dikongsi oleh penceramah.

Tujuh teknik tersebut termasuklah prinsip dan strategi dorongan Nabi, teknik-teknik dorongan Nabi, fokus pujian dan teguran Nabi, ciri-ciri bahasa Nabi, skrip-skrip yang digunakan oleh Nabi, jenis-jenis ganjaran yang diberikan oleh Nabi, model kerja gaya Nabi dan pelan tindakan.

Kesemua teknik ini diajar menggunakan pelbagai kaedah seperti aktiviti dalam kumpulan, post-it-note dan juga role-play agar peserta dapat belajar dengan lebih efektif melalui contoh kehidupan sebenar.

Penceramah Bengkel Mendidik Gaya Nabi

Aktiviti disepanjang bengkel

Pada akhir bengkel, Pengerusi SHARPS, Prof. Madya Dr Siti Aisyah Bt Panatik dalam ucapan penutupnya mengharapkan agar kerjasama antara SHARPS dan ABS Education dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya guru-guru dan ibu bapa tentang gaya mendidik anak-anak menggunakan teknik Nabi.

Disediakan oleh: Ana Haziqah A.Rashid dan Siti Aisyah Bt. Panatik

Explore More