April 26, 2024

Search
Close this search box.

SHARPS UTM Anjur Syarahan Isu Kesihatan Mental dan Rawatan Holistik

Oleh: Mohd. Nasir Masroom & Azra Ayue Abdul Rahman

Sekolah Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi (SHARPS) telah menganjurkan satu Majlis Syarahan Profesor Adjung Unniversiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 22 Oktober 2019 baru-baru ini bertempat di Dewan Konvensyen, Blok T08, UTM.

Tetamu kehormat yang dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Kesihatan Mental dan Rawatan Holistik” adalah Yang Berbahagia Datuk Mohammed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau merupakan seorang tokoh yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang kesihatan mental.

Majlis syarahan ini mendapat sambutan yang luar biasa apabila dihadiri oleh kira-kira 250 orang mahasiswa dan mahasiswi, staf UTM serta masyarakat luar kampus.

Turut hadir dalam syarahan tersebut adalah Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Profesor Dr. Zaidatun Tasir dan Pengerusi SHARPS, Prof. Madya. Dr. Siti Aisyah Abd Rahman, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan FSSH.

 Datuk Profesor Mohammed Hatta bersama-sama dengan Dekan FSSH, Profesor Dr. Zaidatun dan Pengerusi SHARPS, Prof. Madya Dr. Siti Aisyah

Isu kesihatan mental merupakan suatu isu yang penting di Malaysia. Statistik telah menunjukkan terdapat peningkatan jumlah individu yang mengalami depresi dan kes bunuh diri dalam kalangan masyarakat dari tahun ke tahun.

Hal ini amat membimbangkan dan memerlukan pendekatan rawatan holistik.

Datuk Profesor Mohammed Hatta telah menjelaskan bahawa manusia mempunyai mempunyai empat domain iaitu fizikal, minda, kalbu dan spiritual.

Menurut beliau, manusia yang seimbang adalah individu yang dapat memenuhi keperluan setiap domain tersebut. Oleh itu, kepentingan dan fungsi keempat-empat domain ini perlu diambil kira dalam rawatan holistik.

“Ini bermakna, untuk merawat penyakit mental, pendekatan yang seimbang perlu dijalankan iaitu merawat fizikal dengan mengambil ubatan yang sesuai, merawat minda agar rasional dan waras, merawat kalbu (emosi) agar seimbang antara perasaan positif dan negatif, merawat spiritual dengan berdoa dan memohon kekuatan daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa,” kata beliau.

Dengan penganjuran majlis syarahan ini, diharapkan ia mencapai matlamatnya dalam memberi kesedaran kepada umum untuk lebih memahami, perihatin dan cakna mengenai isu kesihatan mental dan rawatan holistik.

Datuk Profesor Mohammed Hatta bersama-sama dengan pensyarah-pensyarah UTM.

Explore More