April 26, 2024

Search
Close this search box.

Sekretariat Mahasiswa Johor UTM Pupuk Semangat Kepimpinan Melalui Program Kem Perintis Mahasiswa Ta’zim

Program Kem Perintis Mahasiswa Ta’zim telah berlangsung pada tarikh 25 Oktober sehingga 28 Oktober 2019 di Kem YPJ Sekakap, Mersing dan telah disertai oleh Sekretariat Mahasiswa Johor (SEJATI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kem ini diadakan khas untuk memimpin mahasiswa IPT johor sama ada yang belajar di dalam negara mahupun di luar negara.

Program ini merupakan platform terbaik untuk menyatukan mahasiswa Johor di satu kawasan dan memupuk semangat kepimpinan antara mereka. Hal ini juga, dapat melahirkan pemimpin yang sayang akan tanah air.

Selain itu, kem ini juga diadakan atas tujuan untuk memperkasakan sahsiah diri para mahasiswa johor serta mahu mendedahkan mereka kepada nilai-nilai kepimpinan seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku agar para mahasiswa dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari pada bila-bila masa yang diperlukan.

Justeru, barisan kepimpinan SEJATI mmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Pelajaran Johor atas jemputan untuk menghadiri Program Kem Perintis Mahasiswa Ta’zim tersebut.

Program ini dilihat mampu mempersiapkan diri golongan muda untuk menghadapi apa jua ujian yang mendatang terutamanya dalam memberi impak kepada generasi belia mahasiswa Johor yang berwawasan.

Ia kerana program ini membantu mereka untuk memiliki jati diri anak Johor sejati dengan nilai pembangunan modal insan kelas pertama dan mampu menyumbangkan khidmat bakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara, seterusnya mencipta kecemerlangan dalam setiap aspek dengan menerapkan nilai-nilai akademik, kepimpinan dan disiplin serta inovasi.

Explore More