April 26, 2024

Search
Close this search box.

Kolokium Pascasiswazah Antarabangsa dan Seminar Syariah dan Hukum Nusantara 2019

Johor Bahru, 25 Nov. — Akademi Tamadun Islam (ATI), Kumpulan Penyelidik Syariah, Undang-undang dan Ekonomi ATI dengan kerjasama Program Studi Magister Hukum Tatanegara, Fakultas Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah, Palembang telah mengadakan Kolokium Pascasiswazah Antarabangsa dan Seminar Syariah dan Hukum Nusantara 2019.

Seminar ini dilakukan sebanyak dua siri, iaitu pada 18 November 2019 bagi siri pertama dan 25 November 2019 bagi siri kedua. Sebanyak 49 pelajar dari UIN Raden Fatah telah membentangkan penyelidikan mereka, kebanyakannya berkaitan undag-undang.

Tujuan Kolokium dan Seminar ini diadakan adalah sebagai medium perkongsian akademi dan hasil penyelidikan kedua-dua buah universiti, seterusnya mengembangkan jaringan akademik ke peringkat antarabangsa.

Sebanyak empat ucaptama telah disampaikan sepanjang program ini yang disampikan oleh dua orang wakil dari Akademi Tamadun Islam iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Abu@Hussin dan Dr. Norhidayu binti Muhamad Zaid dan dua wakil dari UIN Raden Fatah iaitu Prof. Dr. Romli dan Prof. Dr. Cholidi Zainudin.

Topik yang dibincangkan oleh Dr. Norhidayu adalah mengenai alat peranti perubatan yang halal serta perkembangannya di Malaysia, manakala topik yang dibincangkan oleh Prof. Dr. Cholidi pula adalah mengenai Fiqh Indonesia. Justeru, perkongsian dari wakil kedua-dua universiti memberikan input baharu kepada para mahasiswa dan pensyarah mengenai topik yang telah dibentangkan.

Selain itu, dua perkongsian penulisan akademik turut disampaikan oleh pensyarah dari Akademi Tamadun Islam iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Abu@Hussin dan Dr. Nurazmallail bin Marni. Perkongsian ini sangat bermakna khususnya kepada para mahasiswa bagi meningkatkan skil penulisan mereka supaya mampu menembusi dunia akademik yang lebih luas.

Prof. Dr. Cholidi Zainudin menyampaikan ucaptama mengenai perkembangan Fiqh Indonesia
Prof. Dr. Romli menyampaikan ucaptama 1
Para pensyarah dan mahasiswa Kolokium sesi 1
Para pensyarah dan mahasiswa Kolokium sesi 2

Explore More