April 26, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Iqra Anjur Bengkel Photoshop Dedah Peserta Kepada Cara dan Teknik Perisian Photoshop

BULETIN PROGRAM PS

Pada 19 Oktober 2019 bersamaan hari Sabtu, Kelab Iqra’ Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjalankan satu program iaitu ‘Bengkel Photoshop’ yang bertempat di Bilik Tutorial 1, Bangunan N11a, SKT,UTM.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah kerana disertai oleh 17 orang peserta dan dibantu oleh 6 orang facililatator.

Objektif utama program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada pemikiran dan idea yang diterajui oleh masyarakat zaman moden pada masa ini, serta dapat mengetahui cara dan teknik sebelum menggunakan perisian ‘Photoshop’.

Selain itu,program ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti potensi peserta yang berkemahiran dan dapat melahirkan pelajar yang bijak menggunakan teknologi dan media untuk menyebarkan mesej dakwah dan etika di kalangan pelajar.

Sementelahan itu,program ini dapat menjalin hubungan antara peserta dan pengaturcara.

Seterusnya, program ini juga dapat memperkenalkan peserta dengan program dakwah semasa.

Program ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi, peserta telah datang untuk membuat pendaftaran dan sarapan. Selepas semua peserta telah membuat ‘Installation Adobe Photoshop CC’, bengkel bermula dengan theory dan diikuti dengan hands on tutorial. Pada pukul 3.30 petang , pertandingan poster telah diadakan untuk memeriahkan lagi program tersebut. Tema pertandingan itu ialah ”Membaca”.

Peserta muslim perlu menggunakan ‘quotes islamic’ dan peserta non-muslim perlu mencari ‘quotes’ tentang membaca. Peserta perlu menggunakan kemahiran ‘Photoshop’ yang telah diajar untuk menghasilkan poster tersebut.

Tiga orang pemenang telah dipilih berdasarkan komen dan pemerhatian dari penceramah atau tenaga pengajar tersebut berdasarkan ciri-ciri poster yang memiliki dan memenuhi syarat-syarat yang telah diminta.

Akhir sekali, program ini telah berjalan dengan lancar kerana adanya para peserta yang memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini dijalankan.

Malah, fasilatator juga telah menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.

Akhir kata, objektif program ini telah tercapai dan para peserta telah memberikan maklum balas yang baik terhadap program ini.

Explore More