November 10, 2024

Search
Close this search box.

Halaqah Siswa bersama Ustaz Ajmain Safar

HALAQAH SISWA “THE POWER OF SURAH AL FATIHAH “

7 NOVEMBER 2019
Bilik Seminar Jabatan Kimia, C10, Fakulti Sains, UTM.

Pada 7 November 2019 bersamaan Khamis , pada jam 8:45 malam, Program Halaqah Siswa telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Jabatan Kimia, bangunan C10, Fakulti Sains, UTM.

Halaqah Siswa merupakan suatu program berbentuk ceramah santai, bertemakan “The Power of Surah Al Fatihah” dan kehadiran para peserta semasa hari kejadian sangat memberangsangkan.

Kehadiran penceramah program, Prof. Madya Dr. Ustaz Ajmain Safar, disambut mesra oleh ahli jawatan kuasa Jabatan Akademi Alquran (JPAQ) dari Kelab Iqra’.

Banyak informasi baru yang telah disampaikan oleh Ustaz Ajmain tentang kehebatan ayat dalam surah Al-Fatihah ini.

Salah satunya adalah ayat “Bimbinglah kami ke jalan yang lurus,” memberikan maksud yang mendalam di mana kita memohon agar Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayah dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Dua konteks ini sangat penting kerana walaupun hidayah itu sudah hadir namun tanpa taufiq sesuatu amalan itu tidak akan dapat dilaksanakan. Tambahan pula, surah ini merupakan surah wajib sah solat. Solat seseorang itu tidak akan sah jika mereka tidak membacakan surah ini.

Program ini telah berakhir pada jam 10.30 malam dengan sesi bergambar bersama penceramah dan peserta. Pada akhir program, maklum balas mengenai program ini telah diberikan oleh peserta.

Sembilan puluh peratus daripada peserta telah memberikan maklum balas yang sangat baik di mana mereka amat menyukai program yang dijalankan dan menyokong agar program seperti ini  akan diadakan pada masa akan datang.

Explore More