April 25, 2024

Search
Close this search box.

Lebih RM150 Ribu Diperuntukkan untuk Penganjuran Program Berimpak Tinggi

JOHOR BAHRU, 30 Sept. — Sebanyak 45 pasukan dari pelbagai kolej kediaman, kelab dan persatuan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tampil membentangkan bidaan masing-masing dalam UTM TOP BIDDER (UTB) 2019/2020 di Dewan Kuliah P19 UTM Johor Bahru, baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, program dari kategori Khidmat Masyarakat & Kesukarelawanan mengatasi kategori lain dengan jumlah 14 program diikuti oleh Pengkayaan Akademik (8), Inovasi & Kreativiti (7), Kepimpinan (6), Sukan & Rekreasi (5), Kerohanian & Kebudayaan (4) dan Keusahawanan (1).

UTB merupakan program anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bagi memberi peluang kepada pelajar mengetengahkan kertas kerja program berimpak tinggi berserta nilai peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar selepas program, melangkaui sempadan dan untuk memberi impak kepada universiti, masyarakat dan negara serta untuk beroleh peruntukan bagi pelaksanaannya.

Antara projek yang dibentangkan ialah The Grand Great Asean Debate Community 2020,  5th International Innovation Day, 6th International Biotechnology Competition and Exhibition (IBECEx 2020), Community Services Response 1.0 (CSR@Royal Belum, Grik, Perak), ID’Sabah Odyssey, Jelajah Srikandi 4.0, Global Outreach Knowledge Acquisition@Gold Coast, Australia (GLOKA’20), GoYouth 2.0:Nurturing Entrepreneurial Mindsets dan pelbagai lagi projek lain yang tidak kurang hebatnya.

Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib berkata UTM Top Bidder juga memberi peluang dan pendedahan kepada semua pemimpin Jawatan Kuasa Kediaman Mahasiswa (JKM), persatuan, kelab dan pelajar untuk melaksanakan program yang berimpak tinggi dan memberi kesan kepada diri pelajar  itu sendiri dan dapat memberi sumbangan kepada  masyarakat, universiti dan negara khususnya dari segi sosial dan ekonomi.

Ia juga bertujuan melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif, mempunyai kemahiran berkomunikasi, kemahiran organisasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan serta berminda usahawan.

“UTM Top Bidder jelas sekali dapat mengasah bakat berkomunikasi dengan baik, kreatif, mampu membuat analisa, berfikir secara spontan, kerjasama dalam kumpulan dan mempertahankan serta menyakinkan para panel yang juga terdiri dari pensyarah dan pegawai dari pelbagai fakulti, sekolah dan pusat tanggung jawab (PTJ),” ujarnya lagi.

Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib ketika merasmikan UTM Top Bidder 2019/2020

Penyelaras UTM Top Bidder, Ili Ruwaida Md. Yusof berkata antara kriteria lain yang ditekankan dalam penilaian program UTB adalah program yang jelas matlamatnya, elemen kepelbagaian kaum, melibatkan pelbagai perkongsian pintar dan industri, patriotisme dan perpaduan, program berterusan yang tidak bersifat ‘One-Off’ serta mendapat penajaan luar.

“Selain ahli akademik dan pegawai kumpulan profesional & pengurusan, barisan panel dalam sesi kali ini buat julung kalinya diperkuatkan dengan kehadiran pemimpin pelajar UTM iaitu Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mohamad Saifuddin Ahmad dan Setiausaha Agung MPP, Nur Maisarah Tahir,” tambah beliau.

Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mohamad Saifuddin Ahmad (kiri), antara panel penilai UTM Top Bidder kali ini
Setiausaha Agung MPP, Nur Maisarah Tahir (tengah)

Bagi Mohamad Saifuddin, rata-rata idea yang ditampilkan oleh pembida memang bagus tetapi jumlah program bersifat global dan ke luar negara agak sedikit.

Beliau juga tertarik dengan program khidmat masyarakat yang dibawakan oleh JKM KTF di Pulau Ranggi, Sabah dimana mereka dijemput oleh alumni Politeknik Kota Kinabalu untuk mengadakan program di pulau tersebut dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah.

“Antara perkara yang ditonjolkan adalah program kesedaran kebersihan serta teknologi penggunaan lampu solar yang menyerlahkan sumbangan UTM kepada masyarakat luar dan benar-benar memerlukan,” katanya lagi.

Antara panel penilai (dari kiri) Haliza Abdul Hamid dan Dr. Shazwin Mat Taib
Pengetua Kolej Tun Razak, Dr. Norhanim Abdul Samat turut hadir memberi sokongan tak berbelah bagi kepada pasukannya

Antara projek bidaan lain ialah  CSR 1.0@ROYAL BELUM oleh pasukan JKM Kolej Rahman Putra (KRP) yang ingin mendekati masyarakat pedalaman khususnya orang asli dan menerapkan kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Pengarah projek terlibat, Cecilia Arinda Ngah berkata antara pengisian utama projek adalah kem pendidikan dan kempen membaca selain mewujudkan satu hub pendidikan kecil yang dpat menjadi pusat masyarakat khususnya kanak-kanan untuk belajar dan membaca .

Cecilia Arinda Ngah (2 dari kiri) bersama pasukan JKM KRP membawakan projek CSR 1.0@ROYAL BELUM Putra  yang ingin mendekati masyarakat pedalaman khususnya orang asli

“Dalam kem pendidikan tersebut, kami juga akan melatih dan membimbing mereka supaya boleh mengajar pula kepada rakan-rakan lain.

Bahan bacaan pula kami akan cuba kumpulkan sebanyak mungkin dan menyesuaikan tema bahan supaya tidak terlalu berat untuk bacaan mereka,”tambah pelajar tahun 2 kursus Perancangan Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina & Ukur itu.

Aksi Syahiir Syaamil Kamrul Bahrin dari JKM KDSE ketika membentangkan projek Mental Health Symposium: Heading Towards A Recovery Oriented Approach

 

GOLDEN KEY – Golden Key “Spark A Change” In Cambodia oleh
Aaron Ngun

 

 

Jumlah pembentangan pada UTM Top Bidder Sesi 2019/2020 – 45 program

Pecahan Kategori:

~Inovasi & Kreativiti – 7

~Kepimpinan – 6

~Kerohanian & Kebudayaan – 4

~Khidmat Masyarakat & Kesukarelawanan – 14

~Pengkayaan Akademik – 8

~Sukan & Rekreasi – 5

~Keusahawanan – 1

 

Explore More