April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar UTM Sertai Joint Summer Program 2019 Selami Warisan dan Budaya Kaum Dayak

Tiga pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terpilih mengikuti Joint Summer Program 2019 anjuran Universitas Tanjungpura dengan kerjasama Universitas Panca Bakti dan Universitas Muhammadiyah Pontianak di Pontianak, Indonesia bermula 28 Julai hingga 8 Ogos yang lalu.

Mereka terdiri daripada dua orang pelajar pasca-siswazah, Nadzihah Mohd Najib dan Nur Ikwani Binti Izul diikuti oleh seorang pelajar pra-siswazah jurusan Psikologi Muhammad Huzaifah Adam telah terpilih untuk mengikuti “summer school” program di Kota Pontianak, Indonesia.

Program yang berdurasi selama 12 hari itu bertemakan DAYAKS: Engaging Youth in Sustainable Indigenous Community. Seramai 38 peserta dari dalam dan luar Indonesia seperti Malaysia, Indonesia, Taiwan, dan China.

Program ini mempunyai beberapa tujuan antaranya adalah untuk menggalakkan generasi muda untuk memahami serta menghormati budaya dan warisan kaum Dayak di samping, bertujuan untuk memperkenalkan budaya Dayak dan persekitarannya kepada para peserta.

Selain itu, program ini berharap dapat mewujudkan aktiviti “Belia sukarela untuk warisan budaya” dan menjadi pentas, untuk memperluas rangkaian peserta di peringkat serantau dan antarabangsa, baik profesional dan persahabatan, yang akan sangat berguna untuk jangka panjang dan jangka pendek.

Akhir sekali, program ini dapat membuka peluang bagi peserta untuk mempromosikan budaya dan pelancongan untuk negara masing-masing, selain menyediakan peluang untuk penyelidikan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan universiti rakan kongsi asing

Peserta program perlu mengikuti empat sesi kursus kuliah antaranya “in class lecture”, “focus group discussion”, “group project” dan berakhir dengan “scientific excursion”. Sebahagian topik yang dibincangkan merangkumi “indigenous people its culture and its settlement”, “the anthropology perspective about human, culture, and environment”, dan “longhouse and Dayak culture”.

Suasana semasa “in class lecture” dan “focus group discussion”.

Peserta didedahkan dengan gaya hidup, pantang larang, cara hidup, sejarah, penempatan, dan pengisian lain mengenai kaum Dayak. Peserta juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan memeberikan idea tentang projek yang sesuai dilakukan bersama orang Dayak.

Peserta juga dibawa bersiar-siar keliling kawasan Kota Pontianak. Kawasan yang dilawat merangkumi rumah asli kaum Dayak yang lebih dikenali dengan nama Rumah Radank. Selain itu, peserta juga dibawa melawat Tugu Khatulistiwa di mana ia menandakan pembahagian antara hemisfera utara dan selatan.

Kemuncak program ini adalah apabila peserta dibawa ke Kampung Sahamp di kawasan Landak untuk menjalankan “scientific excursion” selama 4 hari dan 3 malam. Peserta tinggal bersama ibu dan bapa angkat mereka yang merupakan orang asli kaum Dayak di rumah panjang.

Peserta disambut dengan tarian dan paluan gendang oleh kaum Dayak disamping di-doakan keselamatan kepada peserta mengikut kefahaman mereka. Rumah Panjang Bentang ini mempunyai kepanjangan sepanjang 128 meter dan diduduki seramai 36 keluarga orang Dayak.

Program yang berdurasi 12 hari ini telah melabuhkan tirai pada 8 Ogos 2019 dengan sesi presentasi dari setiap peserta mengikut projek dan penghantaran kerja kursus mereka mengikut tema masing-masing. Sesi presentasi diadakan di Universiti Muhammadiyyah Pontianak.

Explore More