April 16, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Senibina Ungguli Pertandingan Lukisan Seni Visual Art-2-Day Anjuran Firma RDC Architect

JOHOR BAHRU, 28 Sept. — Kumpulan pelajar Senibina dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus unggul dengan kejayaan terbaharu memenangi tempat Pertama dan Kedua dalam Pertandingan Seni Visual Art-2-Day yang dianjurkan oleh firma RDC Architect bertempat di Eco Business Park, Johor Bahru.

Pertandingan Seni Visual yang bertemakan Rhymes With The Skyline ini telah dimenangi oleh Anand Ali Rasheed yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM2000.00, trofi dan sijil dan tempat kedua dimenangi oleh Siti Nurulhuda Adnan  yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000.00, trofi dan sijil.

Kedua-dua pemenang merupakan pelajar Tahun 1 program Sarjana Muda Sains Senibina, FABU.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelajar jurusan Rekabentuk  Grafik dari Southern College University, yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM500.00, trofi dan sijil.

 

Sejumlah 35 hasil lukisan seni visual yang menggunakan media akrilik atas kanvas diterima daripada pelajar Senibina tahun 1 hingga tahun 3 untuk berentap dengan 32 pelajar daripada jurusan Rekabentuk  Grafik dari Southern College University, Johor Bahru.

Namun kemenangan memihak kepada UTM, yang turut memperolehi undi tertinggi daripada orang awam yang mengundi semasa pameran berlangsung.

Kejayaan ini merupakan satu permulaan yang sangat  baik bagi kedua-dua pelajar tersebut memandangkan mereka baru sahaja menempuhi sesi pengajian selama 3 minggu di UTM. Adalah diharapkan agar kejayaan ini dapat memberi peransang kepada mereka untuk terus berjaya di masa hadapan.

Pihak fakulti juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pensyarah senibina yang terdiri daripada Dr Roshida Abdul Majid selaku pengurus penyertaan dan Dr Ahmad Saifuddin Abdullah, En Azari Mat Yasir serta Dr Aiman Rashid selaku panel penasihat ke atas hasil kerja pelajar.

Explore More