Disember 26, 2024

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman

JOHOR BAHRU, 8 Okt. — Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan pihak pengurusan inisiatif pengumpulan dana wakaf yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ahmad bin Che Yaacob.

Kunjungan beliau disambut mesra oleh Pengerusi SHARPS, Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Panatik dan kakitangan akademik dan bukan akademik yang sama-sama hadir ke taklimat tersebut.

PM Dr. Ahmad Che Yaacob bersama-sama dengan Pengerusi SHARPS, PM Dr. Siti Aisyah Panatik dan Dr. Zulkifli Khair di kaunter pengumpulan dana wakaf.

Prof. Madya Dr. Ahmad bin Che Yaacob memulakan taklimat dengan memberikan penerangan tentang pengurusan inisiatif pengumpulan dana wakaf.

Beliau turut menerangkan berkenaan pengaliran masuk dan keluar dana wakaf yang dikumpul serta program-program yang dilaksanakan.

“Sebagai contoh, dana wakaf pendidikan UTM ialah program penjanaan dana berlandaskan konsep wakaf am melalui sumbangan dana berbentuk tunai dan harta di mana pewakaf mewakafkannya ke dana wakaf pendidikan UTM sebagai pemegang amanah,” kata beliau.

PM Dr. Ahmad Che Yaacob memberikan penerangan mengenai inisiatif pengumpulan dana wakaf UTM.

Pada akhir taklimat, beliau menggalakkan kakitangan UTM melakukan sumbangan wakaf melalui pelbagai kaedah yang disediakan seperti potongan gaji mahupun sumbangan dari masa ke semasa. S

Sesungguhnya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah Al-Baqarah, ayat 261, iaitu ‘Perumpamaan pahala bagi orang yang membelanjakan hartanya (wakaf) di jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan sebatang pokok yang mampu meghasilkan tujuh tangkai, setiap tangkainya mempunyai seratus biji benih.

Dan Allah melipatgandakan pahala sesiapa dikehendaki-Nya. Allah amat luas rahmat kurniaan lagi meliputi pengetahuan di langit dan di bumi.’

Ayuh semua, marilah kita sama-sama berwakaf!

Explore More