Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti Islam Raden Rahmat (UNIRA) sejak 2017 dan pada tanggal 20 Ogos lalu, kedua-dua Universiti ini telah menandatangani surat cara kerjasama (LoC) bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada.
Majlis tersebut diadakan bersempena dengan lawatan daripada UNIRA Indonesia serta dengan penganjuran seminar dan Kolokium Antarabangsa bersama-sama para pelajar Sarjana dari universiti tersebut.
Bagi memenuhi surat cara tersebut, aktiviti ini dilaksanakan untuk mengekalkan hubungan kerjasama sedia ada dan memperluaskan lagi kerjasama akademik untuk manfaat bersama.
Aktiviti ini dirancang bagi membolehkan kedua-dua pensyarah daripada Universiti terbabit berkongsi hasil kajian dan kepakaran akademik masing-masing.
Program ini bermatlamat untuk membolehkan ahli akademik daripada ATI, UTM dan UNIRA membentangkan hasil penyelidikan masing-masing serta memberi pendedahan kepada pelajar UTM terutamanya untuk membentangkan hasil kajian mereka dalam seminar antarabangsa.
Selain itu, sesi ucaptama juga diadakan bagi membolehkan ahli akademik penyampaikan pandangan dan lontaran idea mengenai pengajian Islam di Malaysia dan Indonesia.
Program yang berlangsung di Dewan al-Marbawiy S45, UTM ini turut disusuli dengan sesi dialog dua hala antara Ketua-ketua Kumpulan Penyelidikan dari Akademi Tamadun Islam, UTM dengan Deligasi dari Universiti Islam Raden Rahmat, Indonesia.
Program sehari ini juga bakal dijadikan aktiviti tahunan antara UNIRA dan ATI, UTM seperti yang dinyatakan di dalam suratcara (LOC) antara kedua-dua buah Institusi yang akan ditandatangani pada hari berlangsungnya seminar tersebut.
Dengan adanya program akademik sebegini, diharapkan hubungan antara UNIRA dan ATI, UTM akan berterusan dalam memperkembang pengajian Islam di Nusantara.