April 27, 2024

Search
Close this search box.
NALI 2019 Winners SKT

Pasukan pensyarah dari Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (SKT), Fakulti Kejuruteraan telah menerima anugerah New Academia Learning Innovation  (NALI 2019) bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

New Academia Learning Innovation diwujudkan untuk memberi penghargaan dan meraikan pengajar, pendidik, penyelidik dalam bidang pendidikan di UTM yang mengetengahkan idea, inovasi, produk terkini yang telah digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran di UTM. Bertemakan “Innovation in Humanising Education” NALI2019 terbahagi kepada tiga bahagian (www.ctl.utm.my/nali2019)
1. STEM-MATE
2. NALI Competition and Exhibition
3. NALI Award.

Alhamdulillah pasukan dari SKT telah berjaya menjadi pemenang bagi NALI 2019 Award melalui projek “Blended-Cooperative Problem Based Learning for UTM Chemical Engineering Control Course” yang dilaksanakan oleh Assoc. Prof. Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid, Prof. Dr. Khairiyah Mohd. Yusof dan Ir. Dr. Zaki Yamani Zakaria.

NALI Award 2019 SKIT

Selain itu, projek “Integrated Assessment for UTM Chemical Engineering Integrated Course” telah berjaya memperolehi pingat emas. Projek ini menggabungkan dua kursus yang berlainan tetapi menggunakan penilaian yang sama, telah diusahakan oleh Ir. Dr. Zaki Yamani Zakaria, Prof. Dr. Khairiyah Mohd. Yusof, Dr. Aziatul Niza Sadikin, Assoc. Prof. Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid, Assoc. Prof. Ir. Dr. Mimi Haryani Hassim, Dr. Azizul Azri Mustaffa, Dr. Hashim Hassan, Dr. Muhammmad Arif Ab. Aziz, Dr. Hasrinah Hasbullah dan Dr. Siti Hajjar Che Man.

NALI 2019 Gold SKT

Assoc. Prof. Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid juga mendapat pingat gangsa bagi projek “Scenario-Based Learning in High Voltage Technology for 3rd Year Students of SKE”, yang merupakan projek kerjasama dengan Dr. Noor Azlinda Ahmad dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE).

NALI 2019 Bronse SKT

Tahniah diucapkan kepada pasukan SKT di atas kejayaan NALI 2019.

NALI 2019 Winners SKT

Explore More