Disember 3, 2024

Search
Close this search box.

Kupasan Pakar, Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dari ATI, UTM di Astro Awani Tentang Isu Semasa di Asia Barat

7 September 2019, Kuala Lumpur.

Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff, Pengajian Asia Barat Moden, Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM bersiaran dalam AWANI Global membincangkan isu semasa yang berlaku di Asia Barat. Berikut adalah beberapa perkara utama yang dibicarakan oleh beliau :-

  1. Dunia Pasca Barat dan sekatan negara Amarika Syarikat terhadap negaraIran
  2. Pendekatan terbaharu yang dilaksanakan oleh  negara Iran untuk menghadapi sekatan negara Amerika Syarikat
  3. Perang di negara Yaman dan proksi yang tidak diendahkan dalam peperangan tersebut
  4. Hubungan baik  negara Turki dan negara Rusia
  5. Sistem pertahanan  negara Turki menggunakan teknologi  negara Rusia

Siaran penuh kupasan Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff boleh diikuti di pautan ini http://www.astroawani.com/video-malaysia/awani-global-yaman-perang-proksi-yang-tidak-diendahkan-1808135

Kamaruzaman Yusoff adalah profesor Pengajian Timur Tengah Moden di Fakulti Tamadun Islam, UTM. Beliau adalah bekas dekan Fakulti Tamadun Islam. Kamaruzaman telah mengajar pelbagai kursus termasuk Sains, Teknologi dan Umat Manusia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Falsafah Sains dan Teknologi dan Ilmu dan Teknologi.

Beliau juga menyelia kedua-dua pelajar Sarjana dan PhD dalam pelbagai mata pelajaran yang berkaitan dengan urusan Timur Tengah.

Beliau adalah editor untuk banyak buku yang diterbitkan dan telah menerbitkan beberapa artikel, dan kini Ketua Pengarang Umran, Jurnal Antarabangsa, yang diterbitkan oleh fakulti.

Kepentingan penyelidikannya termasuk politik moden di Timur Tengah dengan rujukan khas terhadap konflik Israel-Palestin, Arab Springs serta perkembangan di Turki, Syria, Mesir, Iran dan Arab Saudi. Beliau adalah salah seorang profesor  yang dirujuk  berkaitan Asia Barat  oleh beberapa saluran tv di Malaysia dan institusi yang lain.

Pemilihan Prof Kamaruzaman ini turut menunjukkan kepakaran pensyarah UTM diperakui sebagai sumber rujukan.

Explore More