April 26, 2024

Search
Close this search box.

Dana KTP-RIG Pusat Jaringan Komuniti dan Industri Menyokong Agenda “Universiti untuk Masyarakat”

JOHOR BAHRU, 28 Ogos  — Universiti amat menitikberatkan agar inovasi dan teknologi terbaharu yang dibangunkan oleh penyelidik agar dapat memberikan manfaat secara langsung kepada komuniti dalam usaha menyokong pembangunan sosioekonomi negara.

Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui agenda “Universiti untuk Masyarakat”, pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah mewujudkan geran khas program pemindahan ilmu yang menumpukan kepada projek penyelidikan yang dapat diaplikasikan oleh pihak komuniti.

Dana yang diberikan nama Knowledge Transfer Programme – Research Innovation Grant (KTP-RIG) merupakan satu inisiatif dan galakan Universiti untuk mempertingkatkan program pemindahan ilmu oleh penyelidik serta sebagai medium untuk mengasimilasikan teknologi terbaharu kepada komuniti yang dikenalpasti. KTP-RIG juga mengambil pendekatan “quadruple helix” dimana projek yang dilaksanakan perlu melibatkan pihak agensi kerajaan, industri, komuniti serta badan NGO bagi memastikan projek yang dilaksanakan bersifat lestari dan berimpak.

Dana geran KTP-RIG 2020 menawarkan geran sebanyak RM 20,000 untuk setiap projek dan akan mula dibuka pada 1 sehingga 30 September 2019.

Satu taklimat Knowledge Transfer Programme-Research Innovation Grant (KTP-RIG) telah berlangsung di Dewan Senat UTM dan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Johari Bin Surif, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan seramai lebih kurang 100 orang peserta telah menghadiri taklimat yang juga turut disertai oleh UTM-KL dan UTM-Pagoh melalui rakaman lintas langsung.

Slaid, maklumat & dokumen berkaitan dana juga boleh didapati daripada website CCIN KLIK PADA LINK : DANA UTM KTP RIG

Ketua Penyelidik juga boleh berhubung dengan Sekretariat UTM KTP-RIG 2020 iaitu Puan Siti Nur Hafizah Soid, siti_nurhafizah@utm.my, Pn. Habsah Jambari, habsahj@utm.my atau menghubungi talian 07-5537556 untuk sebarang maklumat lanjut.

 

 

Explore More