UTM-MBI Meterai MoU Kerjasama untuk Teknologi Pembinaan & Reka Bentuk Struktur Buluh
UTM melalui Fakulti Alam Bina dan Ukur menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh melibatkan kerjasama dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di mana melibatkan teknologi pembinaan dan rekabentuk struktur buluh sebagai bahan pembinaan semulajadi yang mampan.