April 26, 2024

Search
Close this search box.
Sesi bergambar bersama pesawat UTM-Airasia di Senai Business Aviation Terminal

JOHOR BAHRU – Tanggal 15 Jul 2019 merupakan sebuah tarikh bersejarah yang kini tersemat di dada setiap warga Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ). Ia merupakan sebuah mimpi yang tidak pernah terlintas di fikiran pada generasi UTM terdahulu namun direalisasikan oleh warga-warganya yang agresif dan begitu bersemangat pada masa kini.

Impian untuk melihat UTM terbang tinggi di angkasa menjadi kenyataan bersama AirAsia. Idea ini diterjemahkan semasa sesi Syarahan Perdana oleh Tan Sri Tony Fernandes di UTM Johor Bahru pada tahun 2017 yang lalu. Seluruh warga UTM serta Alumni turut sama teruja dengan livery UTM-AirAsia ini.

Logo kebanggaan UTM telah diukir di salah sebuah badan pesawat AirAsia dan akan membuat penerbangan di serata negara Asean kini membawa nama UTM dan dapat dilihat oleh semua para penumpang yang berpeluang menaikinya.

Pencapaian ini bukan sahaja bagi menaikkan nama universiti dengan  inisiatif penjenamaan seperti ini tetapi hasilnya juga turut menyokong Bidang Tumpuan Utama keenam dalam Pelan Global Universiti 2012-2020 Fasa III UTM iaitu Kesohoran Global dan Penjenamaan.

Naib Canselor memberi ucapan dalam pelancaran UTM-Airasia LIvery

Hal ini dapat memberi gambaran bahawa pihak pengurusan terutamanya Datuk Naib Canselor mengambil serius persepsi dan imej UTM bukan lagi di persada nasional tetapi juga di persada global sesuai dengan slogannya iaitu Innovative Entrepreneurial Global.

UTM menggunakan kepakarannya yang tersendiri melalui pakar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar diketuai oleh Encik Azari bin Mat Yasir bagi merekabentuk segala aspek yang penting sehingga terhasilnya UTM-Airasia Livery ini

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan AirAsia dalam ucapan beliau berkata, UTM dan Airasia telah bekerjasama setelah sekian lama dan merupakan sebuah keluarga baginya dan oleh kerana itu, pihaknya tidak keberatan untuk menaikkan jenama UTM melalui inisiatif ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tan Sri Tony Fernandes atas kesudian memaparkan livery UTM dan kemudian bersetuju untuk merealisasikan impian UTM dan seterusnya mengekalkan livery UTM ini selamanya pada pesawat Airbus A320 ini (9M-AJE). Terima kasih juga kepada AirAsia Allstars dan pasukan UTM yang menjayakan projek ini.

Moga UTM terus terbang tinggi, mengangkasa dan mempromosi pendidikan tinggi negara ke peringkat  ASEAN dan antarabangsa khususnya.

Pesawat Airasia yang akan membawa Logo dan nama UTM merentas ke serata Asean

Explore More