April 19, 2024

Search
Close this search box.

Prof. Madya Dr. Norhani Bakri dari SHARPS UTM Dianugerahkan Profesor Terbaik oleh Asia’s Education Excellence Awards

Prof. Madya Dr. Norhani Bakri menerima Anugerah Asia’s Excellence Awards

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman dan Norhani Bakri

Profesor Madya Dr. Norhani Bakri dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS),  Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah menerima Anugerah Profesor Terbaik dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia.

Anugerah Asia’s Education Excellence Awards ini disampaikan di sebuah majlis yang bertempat di Pan Pacific, Singapura.

Anugerah ini diinisiatifkan oleh gabungan beberapa organisasi seperti World Education Congress dan Chief Marketing Officer (CMO) Asia. CMO Asia adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang merangkumkan jalinan global para profesional dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan,  inovasi, akademik dan industri.

Ia bertujuan untuk mengiktiraf profesional dari seluruh dunia yang banyak memberi sumbangan dan telah mencapai aras kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Para pemenang juga merupakan profesional yang menjadi role model dan pemimpin yang diteladani di institusi di negara mereka.

Prof. Madya Dr. Norhani Bakri bersama trofi dan sijil yang diterima

 

Profesor Madya Dr. Norhani Bakri di sepanjang tempoh perkhidmatannya pernah menjadi Ketua Jabatan Pengajian Siswazah Fakulti, Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurus Besar bagi Unit Pembangunan Bisnes, UTMSPACE.

Di samping itu juga beliau merupakan ahli dalam Board of Examiners untuk Bharathiar Universiti, India dan Qurtuba University of Science and Information Technology, Peshawar, Pakistan.

Beliau juga giat dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan dan menjadi anggota dalam Editorial Board pelbagai jurnal antarabangsa seperti The International Journal of Humanities, International Journal of Business and Social; Science Studies, NDU Journals for National Defence University of Islamabad, Pakistan dan International Journal of Humanities and Social Science.

Beliau turut diundang menjadi Pengucap Utama, ahli panel dan moderator dalam seminar-seminar antarabangsa dan tempatan.

Kecemerlangan beliau sebagai ahli akademik di UTM telah mendapat pengiktirafan di peringkat universiti dan juga antarabangsa di mana beliau dianugerahkan dengan Lifetime Achievement Award oleh Venus International Women Awards di Chennai, India pada 2hb Mac 2019 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Norhani Bakri.

Explore More