April 24, 2024

Search
Close this search box.

Pensyarah UTM Berkongsi Langkah Atasi Pencemaran Udara di Pasir Gudang

Kes pencemaran udara berpunca daripada bahan kimia yang menjejaskan kehidupan seharian ramai penduduk dan telah menyebabkan kesihatan penduduk setempat turut terjejas.

Sekolah-sekolah juga turut diarahkan ditutup sehingga keadaan mulai stabil dan indeks pencemaran adalah dalam keadaan terkawal.

Kes yang mula berlaku semenjak bulan Mac lalu telah berlanjutan sehingga ke hari ini dan penguatkuasa sedang bertungkus lumus mengawal keadaan dari semasa ke semasa.

Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan beberapa buah sekolah untuk ditutup atas dasar kesihatan dan keselamatan pelajar.

Sehingga ke hari ini pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan dan sedang merancang solusi bagi masalah yang dihadapi ini. Kerjasama antara pihak berkuasa dan orang ramai sedang berjalan bagi mengawal keadaan di kawasan tersebut

Menurut Prof. Madya Ir. Dr. Mohd. Fadhil Md. Din yang merupakan Pengarah Unit Kelestarian Kampus UTM, beliau telah memberikan beberapa inisiatif yang dapat dilakukan bagi membantu petugas dan mangsa kejadian di Pasir Gudang

Inisiatif yang dapat dilaksanakan di kawasan bencana tersebut adalah dengan mengeluarkan perintah pengosongan mengikut tahap bermula dengan zon risiko rendah sehingga zon berisiko tinggi dan menyalurkan maklumat kepada Jawatankuasa Bertindak dan Jawatankuasa Penduduk. Seterusnya mengaktifkan sementara waktu kod merah ataupun zon berisiko tinggi dalam tempoh 24 jam berkeluasan 20 kilometer dari zon pencemaran.

Tambahan lagi, arahan juga perlu dikeluarkan kepada pengilang bahan bagi menghentikan operasi kilang buat sementara waktu dan sekiranya perlu segala maklumat mengenai aktiviti harian perlu disalurkan kepada pihak berkuasa. Petugas juga perlu dititiberatkan dengan hanya memberikan pelepasan kepada petugas terlatih dan  mempunyai kelengkapan yang lengkap ke lokasi kes.

Standard Operating Procedures ( SOP ) juga perlu diwujudkan dan dipraktik sekiranya terhidu bau yang mencurigakan di sekitar kawasan tersebut. Pihak berkuasa juga perlu melibatkan wakil-wakil syarikat dan pemegang taruh  secara langsung ke dalam operasi di zon aktif dan menyalurkan maklumat yang terkini agar satu sistem yang seragam dapat diwujudkan diantara pihak-pihak yang berwajib

Tambahan beliau lagi, satu infografik mengenai data pencemaran kepada orang awam melalui media perlu diwujudkan dan tiada ketirisan maklumat yang disalurkan kepada masyarakat serta mengadakan pemantauan kualiti udara melibatkan agensi berwajib dan setiap data perlu disalurkan kepada Jawatankuasa Bertindak manakala pihak media juga perlu memaklumkan talian khas atau pegawai khas yang ditugaskan ke atas kes ini.

Walaubagaimanapun, orang awam dan masyarakat juga mempunyai peranan yang tersediri dalam membantu kejadian ini, Menurut Prof. Madya Ir. Dr. Mohd. Fadhil Md. Din, beliau juga terut memberi beberapa langkah yang boleh diambil oleh orang awam berkaitan kes ini.iaitu orang ramai perlu mengelakkan melalukan sebarang aktiviti luar serta mengehadkan pengurungan dalam kawasan kedap udara, Sekiranya perlu sebarang bau yang mencurigakan perlu dilaporkan terus kepada ketua pemantau atau Jawatankuasa Bertindak

Ujarnya lagi, orang ramai juga perlu sentiasa membasahkan diri dan meminum air suam lebih dari kuantiti biasa serta perlu sentiasa menggunakan tuala basah dan diletakkan di mulut dan hidung bagi mengurangkan rasa mual, loya dan muntah-muntah.

Tambahan lagi, beliau berkata elakkan diri daripada mengunjung ke kawasan kejadian atau melepaskan kanak-kanak ke kawasan-kawasan tertentu mahupun ke dalam zon aktif tanpa pengawasan pihak berkuasa. Selain itu, maklumat perlu disalurkan kepada orang awam dah mewujudkan ketua pemantau menerusi JKKK atau AJK untuk menyampaikan berita yang shahih kepada masyarakat umum

Akhir sekali menurut beliau, orang ramai perlu memainkan peranan dengan hanya memperolehi maklumat yang shahih daripada sumber dan isu yang telah disahkan untuk dikongsi kepada masyarakat umum dan orang tempatan.

Langkah-langkah yang telah dinyatakan ini harus tidak diambil mudah kerana ia boleh memberikan impak yang amat besar terhadap sesuatu situasi dan dapat mengelakkan kecuaian daripada terjadi justeru dapat mengakibatkan situasi yang lebih kritikal. Peranan dari semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal dan jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini dapat dirungkai demi kesejahteraan bersama.

Prof Madya Ir. Dr. Mohd. Fadhil Bin Md. Din
Gambar ihsan Utusan Malaysia

Explore More