Penglibatan komandan PALAPES UTM, Kolonel (Kehormat) Datuk Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar dalam PALAPES bermula dengan penyertaan dalam Regimen Askar Wataniah (RAW) pada tahun 1992.

Beliau adalah antara Pegawai Staf UTM yang menjadi pengasas Pasukan PALAPES UTM.

Menurut beliau, pengalaman menjalani latihan ketenteraan mengajar erti pentingnya mempunyai semangat dan disiplin yang tinggi, membentuk sifat kepimpinan yang ulung, memupuk semangat dan jiwa kental dalam berdepan pelbagai cabaran serta membina kekuatan mental dan fizikal.

“Latihan PALAPES telah meniupkan semangat cintakan negara dan sentiasa bersedia berkhidmat, selain berupaya bertindak melaksanakan tanggungjawab, tanpa mencari-cari alasan”

Latihan yang dijalani secara tidak langsung turut menyemai prinsip tidak boleh gagal dan itulah yang perlu disematkan dalam kehidupan seharian agar sentiasa kekal cemerlang,” kata beliau.

Beliau mengharapkan ahli-ahli kadet UTM terus mengekalkan semangat perjuangan, tabah, cekal dan bersatu hati biarpun setelah berjaya ditauliahkan.

“Segala penat dan lelah pasti akan membuahkan sumbangan bakti yang tinggi kepada negara dalam usaha mengekalkan keamanan serta kesejahteraan negara,” tambah beliau.