April 25, 2024

Search
Close this search box.
MAJLIS MENANDATANGANI SURAT CARA (LoC) ANTARA UNIRA DAN UTM

20 Ogos 2019 –  Satu majlis menandatangani surat cara (LoC) antara Universiti Islam Raden Rahmat (UNIRA) Indonesia  dan Universiti Teknologi Malaysia telah diadakan di UTM Johor Bahru.  LoC ini di tandatangani sendiri oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM manakala UNIRA diwakili oleh Rektor Universiti, YBhg. Dr. Hassan Abadi.

Turut berlangsung  pada hari yang sama, Seminar Pendidikan Islam dan Kolokium Antarabangsa Pascasarjana Pendidikan Islam anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK dan UNIRA. Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan oleh para pelajar dari kedua-dua universiti.  3 Keynote Speech yang terdiri dari pensyarah dan professor mewakili UTM dan UNIRA  dijemput dalam sesi seminar tersebut. Program yang berlangsung di Dewan al-Marbawiy S45, Universiti Teknologi Malaysia turut disusuli dengan sesi dialog dua hala antara Ketua-ketua Kumpulan Penyelidikan dari Akademi Tamadun Islam, UTM dengan Deligasi dari Universiti Islam Raden Rahmat, Indonesia. Dalam sesi dialog ini membincangkan isu-isu berkaitan pengajian Islam di Nusantara.

Program kolokium dan seminar ini akan dijadikan aktiviti tahunan antara UNIRA dan ATI, UTM seperti yang dinyatakan di dalam suratcara (LOC) antara kedua-dua buah Universiti tersebut.  Dengan adanya program akademik sebegini, diharapkan hubungan antara UNIRA dan ATI, UTM akan berterusan dalam memperkembang pengajian Islam di Nusantara

 

 

 

 

 

Explore More