April 19, 2024

Search
Close this search box.

Pameran sains adalah satu bentuk penyampaian ilmu secara tidak formal tentang pendidikan STEM kepada masyarakat yang meliputi orang awam, ibu bapa, guru-guru, pendidik, pelajar di sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi tentang aktiviti-aktiviti sains dan teknologi.

Sehubungan itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan kerajaan negeri telah menganjurkan fasa kedua Minggu Sains Negara 2019 (MSN 2019) bertemakan ‘Sains untuk Kesejahteraan’ pada 15 Julai hingga 15 Ogos 2019 di negeri Johor.

Menyedari peri pentingnya program sebegini, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (SP FSSK) dengan kerjasama Pusat Kursus Ko-kurikulum Dan Pembelajaran Servis (CCSL), UTM yang diketuai oleh Dr Corrienna Abdul Talib telah menyertai program ini sebagai salah satu pempamer di Dewan SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 3 dan 4 Ogos 2019.

Booth pameran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua lapisan pengunjung. Antara pengisian di booth pameran tersebut adalah pelbagai aktiviti interatktif seperti CT Games, Hologram, Jumping Bean, Elephant Toothpaste, Augmented Reality Color Me dan Bootle Diver yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang pendidikan STEM agar pengetahuan yang diperolehi diaplikasikan dalam kehidupan seharian seterusnya memberikan kesan positif terhadap masyarakat.

Pameran ini juga sangat penting untuk memberi motivasi kepada pelajar terhadap sains kerana mereka boleh berinteraksi dengan pempamer semasa mengunjungi booth pameran tersebut.

Secara tidak langsung ia boleh menyumbang kepada pembangunan sosial pelajar.

Hasil temubual beberapa orang pengunjung yang mengunjungi booth pameran, kami dapati bahawa pameran sains sebagini merupakan faktor penting untuk mendorong pelajar ke arah sains, menyumbang kepada perkembangan sosial mereka,  meningkatkan kemahiran saintifik dan meningkatkan minat terhadap sains.

Inisiatif pelaksanaan program melalui pameran sains sebegini sangat penting dalam mengukuhkan pendidikan STEM. Ia mampu mengubah kehidupan dan minda masyarakat terhadap sains.

Mungkin, ia menyebabkan salah seorang pelajar yang hadir menjadi antara individu yang akan memilih bidang STEM sebagai kerjaya suatu hari nanti.

Untuk sebarang pertanyaan atau jemputan program STEM, sila emel kepada corrienna@utm.my.

 

Ditulis oleh Corrienna Abdul Talib.

Explore More