April 25, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman dan Norakmar Nordin

JOHOR BAHRU, 29 Jul — Sekolah Pembangunan Sumber Manusia (SHARPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  telah menganjurkan Bengkel Semakan Maklumat Web bertempat di Makmal Digital, Blok T08.

Bengkel ini dihadiri oleh Pengerusi SHARPS, pengarah-pengarah, penyelaras-penyelaras program dan para pensyarah. Pengurus Teknologi Maklumat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Encik Aziz bin Yaacob telah menjadi fasilitator untuk bengkel ini, dibantu oleh staf bahagian Teknologi Maklumat sekolah.

 

Pengurus Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Encik Aziz bin Yaacob menjadi fasilitator bagi menjayakan bengkel ini.

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak maklumat-maklumat di laman web SHARPS bagi memantapkan lagi kemandirian sekolah khususnya dan fakulti amnya. Pengerusi SHARPS, Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman dalam ucapan aluan menyeru agar semua pihak sentiasa cakna dan prihatin dalam membekalkan maklumat terkini agar laman web sekolah sentiasa memaparkan informasi mutakhir.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, banyak input berkaitan laman web seperti pengemaskinian maklumat, grafik-grafik yang bersesuaian dan pautan-pautan penting dibincangkan. Dalam masa yang sama, setiap penyelaras program sarjana muda dan sarjana berpeluang untuk mengemaskini maklumat berkaitan program-program yang ditawarkan. Pensyarah-pensyarah juga berpeluang memberikan input kepada penambahbaikan laman web sekolah dan fakulti.

 Para pensyarah ceria dalam memastikan laman web sentiasa menarik.

 

Tidak dapat dinafikan, dalam era Industrial Revolution 4.0, keupayaan laman web sesebuah sekolah dalam institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk imej dan persepsi orang ramai terhadap sekolah. Ia juga untuk membantu pelajar yang berpotensi dan berhasrat melanjutkan pelajaran di sini untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

Diharapkan dengan pembaharuan yang dilakukan ini, ia dapat menyemarakkan lagi imej SHARPS selaku salah sebuah sekolah yang memainkan peranan penting dalam bidang pembangunan sumber manusia dan psikologi.

 

Semua pihak berganding bahu memastikan laman web sekolah dalam keadaan yang baik.

 

Usaha menyemak maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman web sedang berjalan.

 

Explore More