April 24, 2024

Search
Close this search box.

 

Pelajar MJIIT mencuba alat tersebut apabila sudah siap dipasang

Sebuah program “University Social Responsibility” atau USR telah dijalankan oleh gabungan dan kerjasama antara Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kampus Kuala Lumpur dan University of Tsukuba, Japan.

Program kemasyarakatan ini adalah berteraskan penjimatan air iaitu program Be Smart to Save Water yang dilaksanakan bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Masjid ini telah dipilih sebagai Masjid Hijau dan dilancarkan oleh Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Program ini telah dilaksanakan sebagai memenuhi salah satu syarat lulus bagi kursus Smart Communities dalam Program Master Joint Degree – Master in Sustainability and Environmental Sciences dan penganjuran program ini selari dengan matlamat UTM iaitu bagi membantu dan memberi sumbangan kepakaran kepada masyarakat.

Menariknya, program ini melibatkan tiga orang pelajar dari Jepun di bawah penyeliaan Dr Aznah Nor Anuar selaku tenaga pengajar kursus ini yang menetap di UTM KL selama 8 bulan bagi melengkapkan pengajian mereka.

Sebuah alat penapis air iaitu ”Mini Carbon Faucet Tap Water Purifier Filter” telah dipasang di paip-paip di ruang wadhuk masjid tersebut.

Alat ini dapat mengurangkan jumlah air yang keluar apabila paip dibuka bagi menjimatkan penggunaan air sewaktu berwudhu.

Alat penapis air yang sudah siap dipasang di paip masjid tersebut.

Usaha yang jitu dari pelajar-pelajar ini yang telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi membantu pihak masjid dalam pemasangan alat ini dan pihak lebih banyak inisiatif serta projek berkonsepkan USR dan lestari akan dirancang oleh pihak UTM di masa hadapan melalui hasil penyelidikan, inovasi dan pembelajaran selari dengan UTM yang merupakan universiti penyelidikan.

Mariko, Miho dan Kazuho yang merupakan pelajar bagi program ini berkongsi keseronokan dan sangat menghargai pengalaman yang mereka peroleh daripada aktiviti ini.

Pengarah Program, Dr Aznah berkata, praktis yang mudah tetapi memberi impak yang bermakna dalam memastikan jumlah air yang digunakan untuk berwudhuk dapat diminimumkan sewaktu membuka paip air.

Ini dibuktikan dengan melakukan eksperimen ringkas untuk mengira jumlah air mengalir sebelum dan selepas pemasangan.

“UTM merancang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif/projek lestari di Masjid Hijau ini melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan,” tambah beliau.

Explore More