April 25, 2024

Search
Close this search box.

Konvensyen Felow (KF 2019) Himpun Pentadbir Kolej Bincang Hala Tuju Program Mahasiswa

Konvensyen Felow (KF 2019) telah dianjurkan bersama oleh Institusi Pembangunan Felow (IPF) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) dengan sokongan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM pada 4 hingga 6 April 2019 di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

Seramai 112 orang ahli IPF yang terdiri daripada pengetua, felow dan pembantu felow dari sepuluh kolej termasuk Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur telah menjayakan konvensyen ini.

KF 2019 telah dipengerusikan oleh Lt. Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan selaku Pengetua KTDI.

Selaras dengan Pelan Global UTM 2012-2020 yang kini berada pada Fasa III (2018-2020) atau PGU3, tema “Pemerkasaan Peranan IPF” telah dipilih bagi KF 2019.

PGU3 yang berkaitan adalah tertumpu kepada Key Focus Area 1 (KFA 1) iaitu Excellence in Learning & Teaching, and Transformative Campus Experience.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan di bawah HEP bagi mencapai sasaran berkaitan Transformative Campus Experience yang melibatkan IPF sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan mahasiswa UTM melaksanakan program dan aktiviti yang lebih efektif, berfokus dan strategik dalam melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan kompetitif bagi mencapai pengalaman kampus yang transformatif dan cemerlang.

KF 2019 meliputi Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) yang turut dibantu oleh Encik Mohd Faizal bin Abd Latib, Pegawai Keselamatan Kanan, Pejabat Keselamatan UTM. Ia diikuti dengan sesi cambah minda, pemurniaan dan pembentangan secara berkumpulan mengikut topik yang berkaitan dengan tema konvensyen.

Sesi bersama Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Durrishah Idrus selaku penaung KF 2019 turut memberi input dan perbincangan dalam kalangan peserta terhadap topik yang dibincangkan.

Hasil daripada pembentangan secara berkumpulan, Prof. Madya Dr. Shahida Sulaiman selaku Pengarah KF 2019 telah membuat rumusan dan membentangkan resolusi sebelum sesi bersama Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM pada hari ketiga KF 2019.

Resolusi ini akan dilaksanakan bagi memperkasakan peranan IPF UTM di bawah naungan Pejabat HEP.

Peserta bersama Timbalan Naib Canselor (HEP) selepas sesi bersama beliau

Pengetua KTDI selaku Pengerusi KF 2019 (dua dari kanan) bersama-sama Pengerusi IPF dan Pengerusi Majlis Pengetua pada majlis penutupan oleh Naib Canselor UTM

Explore More