April 20, 2024

Search
Close this search box.

Program K-Sharing “Meraikan Kepelbagaian: Perspektif Masyarakat Cina

Disediakan oleh:

Prof. Madya Dr. Mohd. Azhar Abd. Hamid

Dua pensyarah dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Prof Madya Dr Kassim Thukiman dan Prof. Madya Dr. Mohd Azhar Abd Hamid telah diundang untuk mengisi slot k-Sharing, “Meraikan Kepelbagaian: Perspektif Masyarakat Cina yang dianjurkan oleh pada 4 Mac 2019, bertempat di bilik Seminar 3, Aras 4, Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Program K-Sharing berbentuk dialog ilmiah ini telah dipengerusikan oleh Dr. Jaysuman Puspanathan, pensyarah kanan dari Fakulti Kejuruteraan.

Perkongsian ilmu dimulakan oleh PM Dr Kassim Thukiman dengan membicarakan sejarah, demografi, pembangunan sosioekonomi, sosiobudaya serta sosiopolitik masyarakat Cina yang wujud seawal zaman keemasan Melaka sehingga kini.

PM Dr Kassim, mengupas pelbagai scenario dan fenomena masyarakat Cina di Tanah melayu sebelum merdeka sehinggalah pasca kemerdekaan.

Menurut PM Dr. Kassim kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu sebelum merdeka menerusi dua fasa iaitu pada fasa awal kesultanan Melaka dan kemudiannya tersebar keseluruh Tanah melayu khususnya di negeri-negeri Selat. Pada fasa kedua kedatangan orang-orang Cina berlaku semasa zaman penjajahan British pada abad ke-18.

Penjelasan dan kupasan PM Dr Kassim sangat memikat dengan diselang-seli karya dan buku-buku penting yang berkait langsung dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu oleh penulis-penulis Cina dan bukan Cina.

Justeru, PM Dr Kassim merumuskan bahawa kehadiran orang-orang Cina telah telah sedikit sebanyak mengubah landskap ekonomi, politik dan sosial Malaysia baharu pada hari ini.

Pada slot kedua, PM Dr. Mohd Azhar Abd Hamid telah mengupas isi-isi penting buku terbaru keluaran beliau bertajuk “Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Individu Cina Di Malaysia”.

Menurut PM Dr. Mohd Azhar, di Malaysia terdapat lebih 100,000 orang-orang Cina yang berhijrah kepada Islam.

Beliau menjelaskan bagaimana berlakunya proses perubahan perspektif (worldview) individu Cina Muslim terhadap agama Islam.

Proses transformasi ini turut melibatkan perubahan yang bersifat holisitik iaitu termasuklah perubahan spiritual, jasmani dan emosi.

Proses penghijrahan ini amat sukar dan penuh dengan cabaran. Perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi soal-jawab yang berkaitan dengan kedua-dua topik yang diperkatakan oleh kedua-dua pensyarah kanan dari SHARPS.

 

Explore More