Disediakan oleh:

Prof. Madya Dr. Mohd. Azhar Abd Hamid

Pensyarah Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) , Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Prof Madya Dr Kassim Thukiman, sejarawan Johor turut memberi respon terhadap isu matrikulasi yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Berdasarkan kepakaran dan pengalaman, beliau turut berhujah dalam perpspektif sejarah dan dasar-dasar pendidikan semasa.

Penulisan beliau turut diperkukuhkan dengan asas dan fakta yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mengaitkan isu matrikulasi dengan survival dan kelestarian pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu.

Hujah-hujah akademik yang dipersembahkan memadai untuk menjelaskan bahawa isu matrikulasi perlulah ditangani dengan wajar, berhemah dan bijaksana agar semua pihak berasa tidak teraniaya dan dizalimi.

“Politiking” yang keterlaluan dalam konteks Malaysia baru tanpa memperhalusi sentimen, kehendak dan kesejahteraan rakyat akan akhirnya mengorbankan perpaduan, kesepaduan dan kepentingan pendidikan anak bangsa pada masa depan.

Isu matrikulasi timbul bila mana Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainudin berpendirian bahawa matrikulasi adalah ‘pintu belakang’ kepada pelajar bumiputera memasuki universiti.

Pendirian ini kemudiannya digunakan oleh MCA dan DAP memberi wajaran bahawa kouta kemasukan matrikulasi perlu ditingkatkan dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu. Wajaran ini kemudiannya disanggah oleh Menteri Pendidikan dengan hujah bahawa ‘apa keperluan bahasa Mandarin sebagai syarat memohon pekerjaan di sektor swasta”.

Di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kebebasan bersuara diraikan dan isu ini menjadi perbahasan terbuka di pelbagai media sosial yang kebanyakannya penuh dengan komentar yang sini, emosional dan tidak berlapang dada. Justeru, sarjana SHARPS, PM Dr Kassim Thukiman berusaha menjelaskan isu matrikulasi ini dalam perspektif sejarah dan politik.

Berikut adalah link artikel penuh yang terbit dalam akhbar Utusan Malaysia – http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tak-perlu-tutup-matrikulasi-1.907974