April 20, 2024

Search
Close this search box.

SHARPS UTM Kongsi Ilmu dengan Pelajar SMA Bugisiah Tampok melalui SMART Education Camp 2019

JOHOR BAHRU, 28 Apr. — Seramai 67 orang peserta dari kalangan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama (SMA) Bugisiah Tampok, Pontian, Johor beroleh kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan seperti komunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan setelah menyertai program SMART Education Camp (SMARTEC’19).

Program tersebut merupakan anjuran Kelab Pembangunan Sumber Manusia (SMART), Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), dengan kerjasama SMA Bugisiah dan Kesatuan Pelajar Islam Johor yang telah memberi sumbangan tenaga dan wang dalam menjayakan program ini pada 4,5 dan 6 April yang lalu.

SMART merupakan sebuah kelab pelajar dari Program Pembangunan Sumber Manusia, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM.

Program SMARTEC ini dilakukan pada setiap tahun dan ianya melibatkan fasilitator daripada kalangan pelajar UTM. Bagi SMARTEC’19, program ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula dari 4 April (Khamis) sehingga 6 April (Sabtu) di Sekolah Menengah Agama (SMA) Bugisiah, Pontian, Johor Bahru.

Aktiviti program termasuklah aktiviti yang mementingkan sikap bekerjasama, slot komunikasi dan juga slot muhasabah diri kepada 67 pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PT3 mereka pada bulan 9 nanti.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi motivasi kepada diri pelajar tetapi juga dapat melatih mereka untuk mengasah kemahiran-kemahiran mereka untuk berkomunikasi di khalayak ramai.

Sekaligus, dapat memberikan mereka kesedaran untuk berusaha dan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Program ini disambut baik dengan adanya penceramah yang berpengalaman dalam pemikiran aras tinggi iaitu Dr. Fauzi bin Mohamad, yang juga merupakan pensyarah Pembangunan Sumber Manusia.

Selain itu, ada juga penceramah yang berpengalaman dalam membuat modul dalam program, dimana beliau telah memberikan slot motivasi dengan memberikan peluang utuk pelajar itu muhasabah diri.

Penceramah ini dikenali dengan Abang Long atau Abang Sidek yang merupakan salah seorang wakil daripada KPIJ.

Oleh itu, impak yang diperoleh pelajar sangat memberangsangkan apabila mereka mampu untuk berubah dari segi kemahiran dalam diri dan mendapat kesedaran dalam menjadikan diri lebih bersemangat untuk belajar bukan sahaja untuk kejayaan dalam PT3 tetapi juga dalam kehidupan mereka yang akan datang.

Explore More