April 26, 2024

Search
Close this search box.

Program Perlindungan Kucing adalah program sukarela yang dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA) untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah kucing di sekitar UTM.

Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Safuan bin A. Rashid, Naib Pengerusi Fasiliti Sekolah Kejuruteraan Awam dan melibatkan 33 orang pelajar.

Program ini merupakan salah satu medium bagi mengurangkan isu populasi kucing di sekitar kawasan UTM.

Selain itu, program ini dapat megurangkan kucing di sekitar kawasan UTM daripada dijangkiti penyakit.

Objektif program ini ialah untuk mewujudkan kampus harmoni dan kondusif dan memberi manfaat kepada semua pelajar dan kakitangan UTM.

Dalam program ini pelajar berpeluang untuk menyertai program sukarela serta memupuk nilai ihsan dalam diri sendiri.

Justeru, pelajar memperoleh pengetahuan bukan hanya di dalam kelas tetapi di luar bilik kuliah itu sendiri.

Program ini dapat mununjukkan pelajar dengan persekitaran sebenar kampus UTM dan dapat meningkat tangungjawab ke atas haiwan.

Lebih daripada 15 ekor kucing yang telah berjaya dikumpulkan.

Kucing-kucing ini telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada keluarga angkat yang baharu.

Program ini berjalan lancar dan dapat menangkap banyak kucing.

Kucing-kucing tersebut telah mendapat tempat perlindungan baru.

Dengan ini dapat kurangkan bilangan kucing di UTM.Secara keseluruhannya, program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Kerjasama antara krew program melicinkan lagi aktiviti yang dirancang.

Sumber: Prasanna Sri A/P Ravi

Explore More